PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Wednesday, Aug 23rd

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Berita Aktiviti

Aktiviti

800 PESERTA HADIR SEMINAR GEN Y

  • PDF

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) dengan kerjasama Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Seminar Generasi Y pada 29 Disember 2012 di Banggunan SUK, Shah Alam. Seramai 800 orang peserta telah hadir ke seminar tersebut yang menampilkan panel-panel berwibawa antaranya Profesor Dr. Abu Hassan Hasbullah (UMK), Dr. Zulkifli Mohamad AlBakri, Profesor Madya Dr. Mariani Mohd Nor (UM) dan Ustaz Zamri Zainal Abidin. Turut menampilkan artis-artis seperti Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings.

Ikuti gambar-gambar sekitar program.

 

PUMSEL TERBIT BUKU MUTIARA RAMADHAN

  • PDF

Buku Mutiara Ramadhan adalah produk dakwah terbaru PUMsel telah diterbitkan. Buku yang mengandungi 120 Muka Surat adalah buku kompilasi artikel berkaitan Ramadhan yang dihasilkan untuk memenuhi permintaan surau dan masjid yang memerlukan bahan untuk tazkirah sepanjang bulan ramadhan. Sebanyak 30 artikel yang sesuai untuk dijadikan bahan tazkirah sebulan ramadhan dan telah dihasilkan oleh para panel penulis PUMsel yang terdiri daripada exco-exco PUMsel.

Mereka terdiri daripada Ustaz Rumaizi Ahmad, Ustaz Abdul Muhaimin Mahmood, Ustaz Haji Mohd Kamel Mat Salleh, Abu Rayyan dan Ustaz Muhammad Fathi. Buku ini akan di edarkan kepada surau dan masjid negeri selangor.

PUMsel mengalu-alukan kepada mereka yang dermawan untuk infaq buku Muiara Ramadhan ini kepada masjid-masjid atau untuk bacaan sendiri. Harga dan pengurusan pesanan boleh berhubung terus dengan En Azmi Walang (Pen Setiausaha PUMsel) di talian 013-384 0701 atau 016-274 2550.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUMSEL 2012

  • PDF

PUMSEL mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2012 pada 20 Mei 2012 di Pejabat PUM Pusat. Mesyuarat Agung Tahunan ini diadakan untuk melantik kepimpinan baru PUMSEL dan membahaskan usul-usul persatuan. Seramai 50 orang ahli yang berdaftar hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ini. Pengerusi PUMSEL sesi 2011/2012 YBhg Ustaz Mohamad Zamri Bin Mohamad Syapik didalam ucapannya berharap PUMSEL terus aktif dan kekal relevan berperanan menjuarai isu-isu agama khususnya di Selangor serta menyampaikan mesej-mesej dakwah kepada masyarakat.

"Abad 20 adalah zaman "clash of civilization" yang menuntut banyak perbincangan dan dialog intelektual antara blok Islam dan Blok Barat. Oleh itu, barisan Ulama' harus mempersiapkan diri agar bersedia dan berani menyatakan pandangan serta pendirian Islam didalam isu-isu berkaitan Ummah", katanya.

Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung selama 4 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang telah bersepakat mengekalkan YBhg Ustaz Mohamad Zamri Mohamad Syapik sebagai Pengerusi PUMSEL bagi sesi 2012/2013. Mesyuarat turut mengekalkan YBhg Ustaz Rumaizi Bin Ahmad sebagai Timbalan Pengerusi. Terdapat sedikit perubahan kepimpinan exco persatuan dan penstrukturan semula portfolio exco.

Berikut adalah senarai Kepimpinan Baru PUMSEL 2012/2013 :

Pengerusi : YBhg Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamad Syapik

Timbalan Pengerusi : Al-Fadhil Ustaz Rumaizi Bin Ahmad

Setiausaha Agung : Ir. Mohd Khairunnizam Bin Mhd Supian

Penolong Setiausaha Agung : Sdr. Azmi Bin Walang

Bendahari : Ustaz Haji Zainal Abidin Bin Haji Kusmin

Penolong Bendahari : Ustaz Mohd Ihsan Bin Mohamad Daud

Sekretariat Dakwah & Tarbiyyah : Ustaz Haji Mohd Firdaus Bin Subhi

Sekretariat Penerangan : Ustaz Shamsul Hakeem Bin Abdul Samad

Sekretaiat Perhubungan Awam & Antarabangsa : Sdri. Nurul Shaza Binti Abdul Manaf

Sekretariat Hal Ehwal Wanita : Ustazah Harizan Binti Abu Bakar

Sekretariat Media Baru & Publisiti : Ustaz Mohd Jefry Bin Ramly

Sekretariat Muda Ulama' : Ustaz Muhammad Nushi

Sekretariat Penerbitan : Ustaz Abdul Muhaimin Bin Mahmood

KULIAH TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MABRU AL-BANJARI AL-MAKKI

  • PDF


 

KULIAH TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MABRU AL-BANJARI AL-MAKKI


Tarikh       : 16 Mac 2012
Hari          : Jumaat
Masa       : Selepas Solat Maghrib
Tempat   : Dewan Solat, Masjid Negeri Selangor
Pengisian : Solat Tasbih, Selawat, Qasidah, Doa dan Tazkirah


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

 

2000 HADIR PROGRAM LAMBAIAN MAHABBAH 2012

  • PDF

Bersempena dengan tahun baru 2012 masihi, Persatuan Ulama Malaysia cawangan Selangor (PUMSEL), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Pustaka PSN Publications Sdn Bhd telah menganjurkan program khas Lambaian Mahabbah Tahun Baru 2012 yang ditelah dipimpin oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Lebih 2000 orang muslimin dan muslimat telah hadir di Dewan Solat Utama MSSAAS bagi mengikuti program ini.

Program telah dimulakan selepas solat maghrib dengan sedikit ucapan oleh Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu diikuti solat sunat tasbih, zikir dan doa. Kemudian, beliau telah meneruskan program pada malam tersebut dengan tazkirah ringkas berkaitan kejahilan manusia dalam menyambut tahun baru Masihi.

Program berlangsung lebih 2 jam dan tamat kira-kira jam 10.00 malam. Rakaman sebahagian program ini boleh ditonton menerusi laman sesawang www.youtube.com