PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Wednesday, Aug 23rd

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Berita Kenyataan Akhbar SEMINAR e-MASJID PUMSEL DI MAJALAH i KARANGKRAF KELUARAN MEI

SEMINAR e-MASJID PUMSEL DI MAJALAH i KARANGKRAF KELUARAN MEI

  • PDF

PUMSEL sangat berterima kasih kepada En Ahmad Yani (Editor MAjalah I Karangkraf) yang juga peserta SEMINAR E-MASJID anjuran Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor tempoh hari kerana menjadikan isu E-Masjid sebagai isu tumpuan Majalah i keluaran bulan Mei 2011. PUMSEL gembira kerana sedikit sebanyak seminar ini dapat dipanjangkan kepada masyarakat awam melalui wasilah majalah yang bermanfaat ini. Ikuti dengan lebih lanjut ulasan dan perbincangan SEMINAR E-MASJID di Majalah i kelauran mei 2011. Selamat MEmbaca....

Berikut adalah sedikit ulasan yang terpapar dalam Majalah i :

Sample Image

MENGIMARAHKAN MASJID MELALUI e-MASJID

Mengoptimumkan fungsi masjid bukan sahaja tertumpu kepada kegiatan ibadah, tetapi juga merangkumi beberapa aspek penting seperti sosial dan ekonomi, serta wawasan-wawasan lain yang sesuai dengan tuntutan dan perkembangan zaman.

Semangat umat Islam hari ini begitu besar dalam memba ngunkan masjid. Pertambahan bilangan masjid di Malaysia saban hari amat membanggakan umat Islam sebagai satu langkah untuk memartabatkan Islam sebagai agama rasmi Negara. Secara tidak langsung ia mencerminkan kecenderungan umat terhadap kesedaran beragama. Bagaimanapun, dari jumlah yang besar ini, sesetengahnya masih lagi berpaksi kepada pemikiran lama dengan berpendapat, untuk mengimarahkan masjid cukup dengan berkunjung ke masjid dan kemudian menunaikan solat berjemaah. Sedangkan pengertian imarah ini membawa maksud cukup luas iaitu bukan sekadar memakmurkan dan memeriahkan bangunan masjid itu dengan kilauan lampu hiasan dan kunjungan jemaah sematamata, malah pengimarahan ini meliputi segala kegiatan yang mendatangkan manfaat secara langsung dan tidak langsung.

Kurang berfungsinya masjid secara maksimum, adalah disebabkan kerana rendahnya pengetahuan dan pemahaman masyarakat tentang maksud mengimarahkan masjid. Sebab itu perhatian dan fokus juga lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti lazim. Padahal masih banyak lagi keperluan dan cara lain untuk memakmurkan masjid sepertimana yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran.

Mengoptimumkan fungsi masjid bukan sahaja tertumpu kepada kegiatan ibadah, tetapi juga merangkumi beberapa aspek penting seperti sosial dan ekonomi, serta wawasanwawasan lain yang sesuai dengan tuntutan dan perkembangan zaman. Para pengkaji dan ilmuwan mendapati bahawa matlamat pengimarahan itu boleh tercapai sekiranya umat Islam dapat mengembalikan semula fungsi masjid sebagai sebuah institusi umat Islam sepertimana masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu sebagai pusat sehenti umat Islam.

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS