PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Wednesday, Aug 23rd

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Fokus Semasa Ibadah Melancap Adalah Satu Dosa Yang Mesti Dielakkan

Melancap Adalah Satu Dosa Yang Mesti Dielakkan

  • PDF

By: Abdul Muhaiimin Mahmooh

Dewasa ini, persoalan melancap atau onani iaitu mengeluarkan mani dengan tangan dan seumpamanya dengan tujuan memuaskan nafsu seks, sering sekali diajukan masyarakat terutamnya golongan muda mudi. Perbuatan onani atau melancap ini bukan sahaja menghantui golongan remaja, bahkan semua lapisan masyarakat, tanpa mengira jantina, lelaki ataupun perempuan.

Wajar difahami bahawa kondisi orang yang melakukan perbuatan melancap ini adalah tidak sama. Ada antara mereka yang melakukan perbuatan tersebut kerana kehendak diri sendiri, di mana ia dengan sendiri membangkitkan syahwat dan nafsunya sama ada dengan melihat kepada aurat wanita atau melihat gambar dan filem lucah atau sebagainya yang mengghairahkan. Adakalanya seseorang melakukan perbuatan melancap kerana tidak dapat menahan nafsunya yang sedang memuncak yang tidak dapat menenagkan dirinya melainkan dengan melancap, atau ketika dalam situasi yang hanya memberi pilihan kepada seseorang sama ada melakukan zina atau melakukan melancap. Kedua-dua kondisi ini sememangnya membunyai hukum yang berbeza antara satu sama lain.

Syekh Ali al-Tantāwi ketikamana memberikan jawapan kepada soalan berkenaan dengan perbuatan melancap (al-cadah al-sirri - mengeluarkan air mani dengan menggunakan tangan dan seumpamanya), mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang atau diharamkan, namun ia bukanlah terdiri daripada dosa-dosa besar. Hukumnya adalah berbeza mengikut individu yang melakukannya. Jika seseorang yang berada dalam keadaan tenang, kemudian dia membangkitkan syahwat menggunakan tangan dengan kehendaknya sendiri, bertujuan mendapat kenikmatan daripada perbuatan tersebut, dia adalah berdosa.

Manakala sesiapa yang syahwatnya sedang memuncak, dan dia tidak mampu menenangkannya melainkan dengan melakukan perbuatan melancap, maka boleh dia melakukannya kerana ada sedikit faktor darurat pada ketika itu, sekalipun tidak sama dengan perkara-perkara darurat lain yang mengharuskan perkara-perkara haram. Manakala jika seseorang sedang menghadapi situasi yang memberikan pilihan kepadanya sama ada melakukan perbuatan zina atau melancap, maka pada ketika itu, dia hendaklah melakukan perbuatan melancap, (Mujāhid Dayrāniyyah, 1987, Fatawa cAli al-Tantawiyy, Jiddah, Dār al-Manārah, hlm. 148-149),  kerana berdasarkan kaedah: 

ارتكَاب أخَف الضررَين

Maksudnya: Melakukan perbuatan yang lebih ringan antara dua kemudaratan 

Melancap Adalah Satu Dosa Yang Mesti Dielakkan

Perbuatan melancap atau onani adalah antara perkara khilafiyah yang termasuk dalam isu ijtihad kerana ketiadaan nas yang jelas lagi sarih berkenaannya. Hukum melancap berbeza antara individu dengan individu yang lain merujuk kepada maslahat dan kemudaratan yang dihadapi. Melancap dengan kehendak sendiri, bertujuan mendapat kenikmatan dengan perbuatan tersebut diharamkan dalam Islam. Larangan tersebut adalah berpandukan firman Allah swt dalam surah al-Ma’arij ayat 29-31,

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ . إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ . فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Mafhumnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya. kecuali kepada isterinya atau kepada hambaNya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

Ayat ini secara tak lansung menunjukkan melancap itu adalah perbuatan yang dilarang. Demikian kerana Allah swt memerintahkan kita menjaga kemaluan (kehormatan) dari perkara yang dilarang kecuali kepada Isteri dan hambaNya, dan menyifatkan mereka yang mengingini selain dari itu, sebagai golongan melampai batas.

Islam tidak melaran sesuatu perkara melainkan padanya terdapat keburukan atau mafsadah yang mengatasi maslahat yang ada. Perbuatan melancap boleh mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh badan pelakunya. Mafsadah (kemudaratan) tersebut antaranya boleh menyebabkan tubuh menjadi lesu dan boleh melemahkan akal fikiran (Atiyyah Saqar, t.th., Ahsan al-kalam fi al-fatawa wa al-ahkam, Misr,Dar al-Ghad al-cArabi, t.th. jld. 3, hlm. 231). Selain itu, sekiranya perbuatan itu, terus menerus dilakukan, ia boleh menyebabkan seseorang terdorong melakukan zina kerana tidak merasa puas dengan hanya melancap.

Namun, dalam hal keadaan dan situasi tertentu, melancap diharuskan antaranya apabila seseorang tidak mampu menahan nafsunya yang sedang memuncak dan dia tidak mampu menenangkannya melainkan dengan melakukan perbuatan melancap, atau ketika dalam situasi yang hanya memberi pilihan kepada seseorang sama ada melakukan zina atau melakukan melancap. Melakukan melancap adalah mafsadah, tetapi membiarkan nafsu yang memuncak atau melakukan zina juga adalah mafsadah, bahkan ia adalah lebih besar dari mafsadah melakukan melancap.

Berdasarkan kepada kaedah dalam fiqh al-muwazanat yang menyebutkan bahawa, apabila berlaku kontradiksi antara beberapa mafsadah yang tidak dapat dielakkan keseluruhannya, maka tindakan yang wajar dilakukan adalah dengan melakukan salah satu mafsadah yang paling sedikit kemudaratannya demi untuk mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. Antara kaedah fiqhiyyah yang diaplikasikan dalam masalah ini ialah:

إذا تعارضَ مفسدتان رُوعي أعظمهما ضَرراً بارتكابِ أخفهمَا

Maksudnya: Apabila berlaku pertembungan antara dua mafsadah maka mafsadah yang paling besar dengan hendaklah diraikan dengan cara menanggung mafsadah yang paling kecil.

الضررُ الأشدُّ يُزالُ بالضرر الأخفِّ

Maksudnya: Kemudaratan yang beramatan besar hendaklah dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih kecil.

Taubat dan Cara Mengelak Tabiat Suka Melancap

Sebagaimana dijelaskan, melancap adalah tergolong dalam perbuatan yang dilarang dalam Islam. Pelakunya dianggap melakukan maksiat dan dosa. Oleh itu, perbuatan tersebut tidak boleh dijadikan satu tabiat, kerana ianya akan mendedahkan seseorang kepada mafsadah (keburukan). Bagi remaja khususnya yang pernah melakukan perbuatan ini, mereka hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT. Meskipun perbutan ini tidak tergolong dalam dosa besar tetapi sekiranya ia berterusan ianya juga boleh menjadi dosa yang besar. Oleh itu, bertaubatlah dengan sebenar-benarnya, dengan segera meninggalkan perbuatan tersebut, berazam untuk tidak mengulanginya kembali dan memohon keampunan daripadaNya.

Bagi yang sering melakukan perbuatan melancap dan barangkali telah menjadi satu tabiat, mungkin lebih susah baginya untuk meninggalkan tabiat negatif tersebut. Namun demikian, ia tidak bermakna tabiat tersebut tidak boleh ditinggalkan. sekiranya dipraktiskan dan diamalkan perkara yang akan dinyatakan di bawah ini, ianya pasti dapat membantu seseorang dari terus dengan tabiat suka melancap. Antara perkara yang wajar dilakukan dalam mengelakkan diri dari terus dengan tabiat suka melancap ialah:

a. Elakkan dari melihat perkara yang boleh membangkitkan syahwat.

Dengan menundukkan pandangan dengan tidak melihat kepada perkara yang dilarang terutamanya yang membangkitkan syahwat dan nafsu seks seperti melihat kepada aurat, gambar-gambar lucah, filem dan sebagainya yang boleh mencederunkan seseorang kepada melakukan maksiat khususnya onani.

b. Banyakkan melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti beriadah atau bersukan.

Mengasingkan diri dan tidak menyibukkan diri dengan aktiviti yang bermaanfaat seumpama bersukan dan beriadah akan dapat membuatkan seseorang lupa dan tidak akan memikirkan perbuatan yang dilarang dalam Islam.

c. Elakkan dari mengelamun dan berkahyal bersendirian.

Tabiat suka mengelamun dan bersendirian antara faktor yang mendedahkan seseorang kepada tabiat melancap. Sebubungan itu, elakkan diri dari bersendirian dan mengelamun. Penuhilah masa dengan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca dan seumpamanya.

d. Banyakkan berdoa memohon keampunan dan kekuatan dari Allah.

Dewasa ini, untuk menghindarkan dari maksiat mungkin sangat susah bagi sesetengan orang kerana dizaman moden ini pelbagai dugaan kebendaan dan hiburan melingkari masyarakat. Kita barangkali tidak akan terdaya menepis dugaan dan cabaran yang melingkari melainkan dengan kekuatan dan daya upaya yang dikurnaikan oleh Allah swt. Oleh itu, banyakkanlah beristigfar, memomohon keampunan dan kekuatan dari Allah kerana dengan pertolonganNya saha kita akan terselamat di dinia dan akhirat.

e. Sentiasa mengingati Allah dan pembalasannya di hari kiamat kelak.

Sentiasa mengingati Allah dan balasan azab yang dijanjikan bagi mereka yang berdosa akan dapat menghalang seseorang dari melakukan dosa. Sesungguhnya Allah mengetahui setiap apa yang kita lakukan dan semua perbuatn yang dilakukan akan dihitung dan dihisap dihari kiamat. Beruntunglah bagi mereka yang pahalanya lebih berat dari dosa dan celakalah bagi mereka yang dosanya lebih banyak dari amalan pahala yang dilakukan.

f. Dampingi sahabat yang baik dan beriman serta berakhlak mulia.

Memilih kawan dan sahabat yang buruk boleh mendorong seseong melakukan perbuatang yang tekutuk dan dilarang oleh Allah. Sahabat sangat berpengaruh dalam membentuk diri seseorang. Oleh itu, pilihlah sahabat yang beriman dan berakhlak mulia. Elakkan diri dari bersahabat dengan mereka yang lemah iman dan pegangan agama serta buruk ahklaknya.

g. Biasakan diri dengan majlis-majlis Ilmu.

Mendampingi ulama dan majlis ilmu akan dapat membantu kita mendekatkan diri kepada Allah dan dapat menjauhkan kita dari melakukan dosa. Dengan majlis ilmu, kita akan dapat menambah keimanan dan ketakwaan kepada Allah berlandaskan ilmu dan pengetahuan yang sebenar. Sesungguhnya orang yang berilmu akan diangkat darjat disisi Allah.