PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Wednesday, Aug 23rd

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Fokus Semasa Muamalat

Isu Semasa

KEHANCURAN PEMIKIRAN IRSHAD MANJI - ULASAN JAKIM

  • PDF

Baru-baru gempar isu kedatangan seorang wanita berbangsa uganda bernama Irshad Manji yang membawa pemikiran Islam Liberal dan penuh kontrovesi di negara Malaysia. Penulis yang menulis sebuah buku Allah : Kebebasan dan Cinta yang diterbitkan oleh ZI puclication telah membawa pemikiran yang jelas bercanggah dengan Islam.

PUMSEL juga tidak terkecuali mengecam keras kehadiran penulis ini dan menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), JAKIM, KDN dan pihak berkuasa terhadap buku ini. Masyarakat tertanya-tanya apakah isi kandungan buku tersebut sehingga di cop sebagai penyebar pemikiran sesat dan boleh menyebabkan terpesong dari agama.

PUMSEL ingin panjangkan ulasan dan kajian daripada Alfadhil Ustaz Mohd Aizam Mas'ud, penyelidik cawangan akidah, bahagian penyelidikan, JAKIM yang telah mengkaji dan mengulas buku tersebut untuk memberi gambaran jelas kepada pembaca tentang "pengharaman" buku ini.

LINK - http://www.islam.gov.my/kerancuan-pemikiran-irshad-manji-dalam-bukunya-allah-kebebasan-dan-cinta-0

Insyallah PUMSEL turut akan membahaskan isi kandungan buku ini atas analisa yang akan dikupas oleh Timbalan Pengerusi PUMSEL Al-Fadhil Ustaz Rumaizi Ahmad dalam diskusi Muntada Haraki PUMSEL pada bulan Jun.

Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam ke-8

  • PDF

 

RUMUSAN MUZAKARAH

AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH INSTITUSI

KEWANGAN DI MALAYSIA KALI KE-8,

TAHUN 2012

Memartabatkan Muamalah Islam

Demi Kesejahteraan Ummah”

8 Rejab 1433H/ 29 Mei 2012 | Dewan B1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

1. Emas merupakan logam yang berharga dan mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Kepentingan dan keistimewaannya juga telah termaktub di dalam al-Quran. Justeru, masyarakat perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan syariah terhadap simpanan, penggunaan serta aktiviti jual beli yang berkaitan dengannya.

2. Muzakarah memperakukan Parameter Pelaburan Emas yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13 hingga 15 Oktober 2011 perlu dipatuhi oleh para pelabur dan peniaga muslim dalam aktiviti pelaburan dan jual beli emas. Namun begitu, masih terdapat isu-isu yang memerlukan kepada kajian lanjut.

3. Muzakarah mencadangkan agar :

a) Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pelaburan emas perlu merujuk kepada pihak berwajib dalam urusan kepatuhan syariah dan undang-undang berkaitan konsep serta modus operandi sesuatu produk dan teknik pelaburan di pasaran. Oleh yang demikian, muzakarah turut mencadangkan supaya penasihat syariah dilantik dalam sesebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pelaburan emas yang mengklasifikasikan sebagai patuh syariah;

b) Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya mematuhi syariah dan undang-undang terhadap aktiviti pelaburan emas yang telah mengklasifikasikan sebagai mematuhi syariah. Keperluan tindakan ini bagi mengelakkan masyarakat terjebak dalam transaksi yang diharamkan oleh syara’ dan juga undang-undang. Dalam hal ini, satu garis panduan urusniaga dan pelaburan emas perlu diwujudkan untuk memberi panduan kepada pelabur dan orang awam;

c) Kerajaan, iaitu Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa agama negeri bertindak tegas terhadap aktiviti pelaburan emas yang mengklasifikasikan sebagai mematuhi syariah tetapi tidak mematuhi syariah dan undang-undang. Penguatkuasaan ini boleh mengelakkan berlakunya penindasan dan penyelewengan dalam aktiviti pelaburan emas.

Untuk makluman, rumusan muzakarah ini boleh dirujuk dalam portal Jakim melalui alamat www.islam.gov.my

FATWA MEMBERI UCAPAN SEMPENA HARI PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM

  • PDF

PUMSEL menerima banyak panggilan bertanyakan tentang Hukum memberi Ucapan kepada Orang bukan Islam sempena Hari Perayaan mereka. Sehubungan itu, para alim ulama' di negara kita yang pakar dalam bidang masing-masing dan menganggotai Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan untuk memberi panduan kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung perkara ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

ULASAN PEMBACA BUKU BALDATUN TOYYIBAH :UTHMANIYYAH

  • PDF
Oleh : Hasmadi Hasbi
Assalamualaikum wbt, saya terpanggil untuk membedah sedikit buku yang saya dapat ketika menghadiri Seminar Baldatun Toyyibah (II): Model Uthmaniyyah yang lalu. Buku ini mengandungi lapan subtopik yang mengulas dan mengupas tentang Kerajaan Uthmaniyyah dari pelbagai pandang sisi seperti ekonomi, undang-undang, pentadbiran dan sebagainya.
PENDAHULUAN
Pemerintahan Islam pernah menjadi kuasa besar yang mencorak lanskap pentadbiran dunia selama hampir 14 abad semenjak zaman Rasulullah SAW. Islam tersebar dengan agak pantas, menguasai seluruh Jazirah Arab, seterusnya meluas ke Al-Syam (Jordan,Lubnan,Palestin & Syria), Utara Afrika, Iraq, Parsi, Eropah dan juga Asia termasuklah Alam Melayu.
Kerajaan Uthmaniyyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila Kota Constantinople telah ditakluk oleh Muhammad al-Fatih (1432-1481). Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru kepada Islam. Ia menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal iaitu Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan Kristian. Empayar Rome Byzantine dan Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar Byzantine juga telah membuka ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama Eropah Timur.

Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13. Pemerintahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa fatrah, seperti berikut :
  1. Peringkat awal penubuhan (1299-1453)
  2. Perkembangan dan pengukuhan (1453-1682)
  3. Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827)
  4. Kemerosotan dan kejatuhan (1828-1908)
  5. Pembubaran pemerintahan (1908-1924)
Buku Baldatun Toyyibah : Model Uthmaniyyah

BERMULANYA PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH
Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah telah diasaskan oleh Osman I (Osman Ghazi Khan). Beliau pada awalnya telah memimpin pasukan tenteranya untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk (1299). Bermula itulah beliau membentuk sistem pemerintahan tersendiri yang menjadi pewaris kepada kekhalifahan yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai sultan yang berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut.
Golongan Byzantine mengambil pendirian untuk meninggalkan kependudukan mereka menuju ke perkampungan countryside dalam negara seperti Anatolia. Byzantine cuba sedaya upaya menghalang Osman meluaskan kekuasaannya ke Barat tetapi, Osman berjaya menguasai beberapa wilayah barat sepertii Eupheses (Berhampiran Laut Aegen). Pasukan beliau juga turut bergerak untuk menguasai sebelah timur Anatolia, di mana mereka telah berjaya menguasai Laut Hitam, kawasan startegik bagi Byzantine.
Misi terakhir Osman sebelum kematiannya telah menentang tentera Byzantine di Bursa (1324). Kemenangan Islam membuktikan Islam boleh menewaskan pasukan bukan Islam di kawasan kubu kuat mereka. Anak yang mewarisi kepimpinan Osman ialah Orhan, telah menjadikan Bursa sebagai pusat utama pemerintahan mereka.
PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN
Semasa era ini, perkembangan kerajaan Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua kategori :
  1. Kejayaan penaklukan Kota Constantinople (1453) sehinggalah Sultan Sulaiman Al-Qanuni meninggal pada 1566.
  2. Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah kegagalan menguasai Vienna pada tahun 1683.
Kota Constantinople menjadi jambatan penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah. Sebelum ianya ditakluk, pihak Uthmaniyyah telah menguasai beberapa wilayah penting di rantau Balkan. Antaranya ialah kejayaan dalam peperangan Kosove (1389). Kejayaan tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah satu dari kuasa Eropah yang ada. ia merupakan kemenangan yang strategik bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota Constantinople.
Pada Peperangan Nicopolis (1396), yang dianggap sebagai peperangan berskala besar, pihak tentera salib menentang Uthaminyya, tidak dapat menyekat kemaraan Uthamniyyah menguasai wilayah-wilayah yang berada di bawah Byzantine. Pihak Byzantine agak lega sedikit kerana Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di mana Timur (Juga dikenali sebagai Tamerlane, sebuah kuasa dari sebelah Timur yang wujud pada abad ke-14 di Asia Tengah. Mereka mempunyai kaitan jalur yang panjang dengan Dinasti Mughal) telah menjajah Anatolia dalam peperangan Ankara (1402), menyaksikan Sultan Beyazid I telah dipenjara. Ini menyebabkan sebahagian wilayah yang dikuasai Uthmaniyyah jatuh buat sementara, antaranya Macedonia dan Kosovo. Pergolakan itu menyebabkan perancangan penguasaan ke atas Constantinople mengalami gangguan.
Pasukan tentera Uthamniyyah turut bersaing dengan kuasa Eropah lain di Lautan Hindi. Mereka pernah menghantar pasukannya melalui jalan laut Afrika dan juga ke Aceh di Indonesia untuk mempertahankan wilayah tersebut dari serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I dalah sultan Uthmaniyyah pertama yang menggunakan gelaran 'sultan' , manakala mulai tahun 1517, sultan di kalangan pemerintah Uthmaniyyah turut menjadi khalifah kepada umat Islam dengan pelbagai gelaran yang digunakan bagi menunjukkan kekuasaan mereka dalam pentadbiran.
Zaman kegemilangan Utmaniyyah berterusan di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566), beliau merupakan :
  1. Pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan Uthmaniyyah. Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-Qanuni,pembuat undang-undang.
  2. Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah menguasai wilayah Byzantine seperti Hungary, Balgrade dan Rhodes.
  3. Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut Mediterranian, Laut Merah dan teluk Parsi.
Perkembangan pada zaman kedua iaitu zaman kemunduran bermula apabila pihak Uthmaniyyah tidak berjaya menawan Vienna (1683) di Zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni yang menyebabkan mereka terpaksa berundur dari sebahagian wilayah di Eropah tersebut. Kekalahan itu juga membuka jalan kepada Kristian untuk merencana tindakan baru bagi berdepan dengan Uthmaniyyah. Antaranya Paus yang memimpin kelompok Kristian Katolik di Rome dalam usaha membentuk pasukan tentera salib baru bagi tujuan menentang tentera Uthmaniyyah. Beliau mencetuskan kebangkitan semangat anti Islam agar golongan salib bengun menentang penguasaan islam dan Kerajaan Uthmaniyyah tersebut.
Kawasan Taklukan Kerajaan Uthmaniyyah

ZAMAN MENDATAR DAN KEBANGKITAN NASIONALISME
Antara faktor yang menjadikan pengembangan yang dilakukan oleh Uthmaniyyah tidak aktif ialah :
  1. Kekalahan menguasai Vienna (1683).
  2. Penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja besar.
Mereka turut mengalami kekalahan dalam siri-siri peperangan di Eropah seperti :
  1. Peperangan menentang Poland-Lithuania.
  2. Rusia & Autria-Hungary
  3. Peperangan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Rusia berlangsung selama 3 abad (kurun 17,18 & 19)
Kemenangan yang didambakan tetapi kekalahan yang terpaksa diharungi amat memeritkan pemerintahnnya lantaran kos persenjataan yang amat tinggi.
Pada awal abad ke 18, pihak Uthmaniyyah membuat satu perjanjian yang dikenali sebagaiPerjanjian Passarowitz , di mana ia telah mewujudkan suasana yang aman pada tahun suasana yang aman pada tahun 1718-1730 (selama 12 tahun). Melalui perjanjian ini, mereka berupaya mendirikan benteng pertahanan di sekitar negara Balkan bagi menyekat serangan pihak Eropah ke atas wilayah Uthmaniyyah. Mereka mula menukar pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan polisi mesra rakyat dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum, mengurangkan cukai, meningkatkan taraf infrastruktur awam, dan bermacam-macam lagi.
Pihak Uthmaniyyah juga melakukan pembaharuan terhadap sistem pendidikan dengan memperkenalkan institusi kemahiran seperti Universiti Teknikal Istanbul dan lain-lain. Namun begitu, mereka tidak dapat menandingi kemajuan teknologi yang telah meletus di Barat. Rentetan dari itu, banyak wilayah Uthmaniyyah yang telah tewas kepada Barat terutama kepada Rusia dan Austria pada abad ke-18.
Selain itu kerajaan Uthmaniyyah turut mempunyai masalah dalaman wilayah-wilayah Islam lain yang berada di bawah pemerintahannya, mereka menghadapi kebangkitan umpamanya dari Egypt dan Algeria, tetapi kedua-dua negara ini telah dijajah pula oleh British dan Perancis.
Mereka turut terpaksa berhadapan dengan kebangkitan di negara-negara Balkan seperi Revolusi Serb (1804-1815. Revolusi ini menjadi pengasas kepada kebangkitan menentang Uthmaniyyah. Pada tahun 1821, mereka terpaksa pula berdepan dengan pengisytiharan perang terhadap Sultan oleh Greek. Mereka berjaya menjadi wilayah pertama di bawah Empayar Uthmaniyyah yang dibebaskan.
Kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah tidak mampu untuk mengendurkan ketegangan satu demi satu wilayahnya menuntut untuk bebas dan keluar dari pemerintahan Uthmaniyyah. Ini termasuk dalam kes negara Saudi Arabia di mana pemimpinnya pada waktu tersebut Sharif Husin ditawarkan dengan pemerintahan sebagai ganti kepada pemberontakan untuk bebas dari Uthmaniyyah. Namun diskusi Sharif Husin dengan Mc Mohan di Egypt hanya menjadi bahan ketawa setelah kelicikan pihak British telah mempersendakan intelek masyarakat Arab. Golongan Arab ini mudah dipermainkan oleh musuh yang suka memberi janji palsu.
ERA KEJATUHAN DAN PROSES MODENISASI (TANZIMAT)
Dalam era ini, empayar Uthmaniyyah terpaksa berhadapan dengan cabaran hebat untuk berdepan dan menghadapi tentangan, serangan dan penjajahan dari kuasa luar. Uthmaniyyah juga banyak terlibat dalam kerjasama membentuk pasukan pertahanan dengan kuasa-kuasa lain dari sebelah Eropah seperti kerjasama dengan Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Contohnya, ketika Peran Crimea (1853), Uthmaniyyah membentuk pasukan bersama dengan Britain dan perancis dalam menentang Rusia.
Ada sebahagian penduduk Crimea ini yang juga dikenali sebagai Crimean Tartar, berhijrah ke Turki untuk mendapatkan perlindungan. Mereka terus berada dan tinggal di situ. Mereka turut terlibat di dalam membangunkan Turki dan membantu dalam proses modenisasi pendidikan yang dilakukan pada akhir abad ke-19.
Proses penyusunan semula dan pembaharuan (tanzimat) sekitar tahun 1839-1876, bermula dengan satu polisi rasmi yang dikenali sebagai The Imperial Rescript of The Rose Chamber of 1839. Ia merupakan permulaan kepada reformasi di bawah proses tanzimat ketika pemerintahan Sultan Abdulmecid I dari tahun 1839-1861. Ia juga penanda penting perubahan sistem pentadbiran kepada sistem yang lebih sekular.Polisi ini menghapuskan cukai pertanian. ia menjadikan para askar mengawal sesuatu wilayah berdasarkan jumlah penduduk. Secara ringkasnya ia telah membentuk kehidupan sosial baru dalam kalangan masyarakat.
Mereka turut memasukkan jaminan hak-hak asasi seperti jaminan samarata (equality) kepada semua penduduk Uthmaniyyah tanpa mengambil kira soal bangsa dan kepercayaan agama. Polisi ini menghapuskan sistem millet dalam empayar Uthmaniyyah. Sistem Millet adalah sistem sosial yang berteraskan kepada agama seseorang., di mana setiap komuniti agama diberi kebebasan autonomi untuk bergerak, adakalanya mendapat perhatian istimewa, berdasarkan rumah ibadat yang mereka anggotai.
Proses ini dicetuskan oleh Sultan Mahmud II yang memerintah dari tahun 1808-1839, diteruskan oleh Sultan Abdulmecid I, dengan harapan dapat membawa kebaikan dan faedah daripada pengurusan yang cekap ke seluruh wilayah di bawah kerajaan Uthmaniyyah. Antaranya :
  1. Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan jaminan keselamatan, kesejahteraan diri dan harta.
  2. Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840).
  3. Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji dan penentuan tempoh khidmat (1843-1844)
  4. Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara (1844)
  5. Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model Perancis.
  6. Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah mengikut model Perancis
  7. Mewujudkan Meclis-i Maarif-i Umumiye (1845) yang menjadi dasar penubuhan Parlimen Uthmaniyyah Pertama (1876)
  8. Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)
  9. Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan memperkenalkan sistem cukai bersepadu (1856)
  10. Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 1866
  11. Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri, pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dan kemajuan perdagangan.
Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah ini ditulis oleh 'golongan muda Uthmaniyyah' pada tahun 23 November 1876 sehingga 13 Februari 1878. Ia tidak melibatkan sistem parti. Pada masa tersebut, parlimen dilihat sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan dan hasrat rakyat, bukan tempat untuk parti politik atau pertubuhan untuk berbahas. Sebab itulah dalam sistem demokrasi moden, apa yang dibuat oleh Uthmaniyyah ini mirip kepada Monarki Berpelembagaan, bukan sistem perwakilan rakyat.
Idea-idea kumpulan ini tidak disenangi sesetengah pihak sehingga kewujudan Young Ottomans terpaksa diharamkan. Sultan Abdul Hamid II yang pada awalnya menerima idea Perlembagaan Pertama, menolak kembali idea-idea tersebut. Selepas dari itu, kumpulan intelektual ini terus mencari idea untuk membantu Kerajaan Uthmaniyyah, di mana terbentuknya kumpulan yang dikenali sebagai Young Turks. Mereka memikirkan polisi-polisi untuk negara sehinggalah kerajaan Uthamniyyah menyertai Perang Dunia I.
AWAL ABAD KE 20 : ZAMAN TENAT DAN PEMBUBARAN PEMERINTAHAN
Kebangkitan Arab (Arab Revolt) yang berlaku pada tahun 1916, menyaksikan kerajaan Uthmaniyyah kehilangan kawalan ke atas wilayahnya di negara Arab terutama di Jazirah Arab (Saudi) . Ketika perjanjian pembahagian wilayah kepada kuasa-kuasa besar dilakukan pada 30 Oktober 1918, sebahagian wilayah di Semenanjung Arab yang masih berada di bawah Uthmaniyyah hanyalah Yaman, Asir, Mdinah, sebahagian kecil Syria dan sebahagian kecil Iraq.
Perjanjian ini seakan-akan suatu paksaan ke atas Kerajaan Uthmaniyyah untuk mengiktiraf satu perjanjian sulit yang dilakukan oleh United Kingdom, Perancis dan Rusia pada tahun 1916, iaitu Perjanjian Sykes-picot. ia adalah perjanjian sulit untuk membahagi-bahagikan wilayah di bawah Uthmaniyyah kepada kuasa-kuasa tersebut, termasuklah Palestin. Ia dibuat ketikamana Sir Mc Mohan, wakil British di Mesir menghubungi Sharif Hussain di Mekah untuk menjayakan Arab Revolt, dengan menjanjikan wilayah pentadbiran Jazirah Arab untuk beliau. Namun, sebaliknya berlaku kerana British terlibat dalam perjanjian rahsia tersebut. hasilnya, selepas Arab Revolt, Sharif Hussain pula yang terpaksa keluar dari negaranya ke Jordan.
Lakaran Wajah kesemua 36 Sultan Kerajaan Uthmaniyyah

Secara ringkas, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah boleh digambarkan berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti berikut :
  1. Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyyah berhadapan dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah.
  2. Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah termasuk di Negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab pada tahun 1916.
  3. Perjanjian Sykes-picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah menjadi plan strategik pihak kuasa barat untuk memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyyah. Ini juga berlaku disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyyah akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914.
  4. Penyertaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas. Selepas Uthmaniyyah menandatangani persetujuan pada bulan Oktober 1914 untuk menyokong Jerman menentang Rusia dengan sokongan dari United Kingdom.
Sultan Abdulmecid II menjadi sultan terakhir dari dinasti pemerintahan Uthmaniyyah. Beliau sempat memerintah selama 17 bulan bermula 19 November 1922-3 Mac 1924. Ketika itu, tiada apa yang mampu dilakukan setelah Republik Turki diisytiharkan dalm polisi negara mereka juga telah berubah kepada mengadaptasikan sistem yang lebih terbuka, liberal dan mengamalkan sekular. Agama tidak lagi menjadi perkara penting di dalam pertimbangan sebarang polisi negara.
PENUTUP
Seperti membenarkan 'teori kitaran' Ibn Khaldun, Kerajaan ini mengalami kitarannya yang tersendiri. Setelah mengalami beberapa masalah, di samping kesukaran menjaga wilayah mereka yang luas tersebut, Uthmaniyyah mengalamai kemerosotan. Zaman tersebut telah diambil kesempatan oleh pihak kuasa Barat untuk bertindak semula mendapatkan wilayah-wilayah yang pernah jatuh ke tangan Uthmaniyyah. Kejatuhan Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya penguasaan empayar islam ke atas dunia. Cuma pengharapan kita agar kejatuhan ini adalah sementara, bukan 'syahid' yang tidak boleh bangkit lagi. Kebangkitan seterusnya perlukan perencanaan. ia mungkin sahaja berbeza bentuknya dengan penguasaan ke atas teknologi, perdagangan,pendidikan dan seumpamanya. Apa yang penting, sejarah ini perlu diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan yang tersemat di dalam buku.
Sumber: http://madi2mudamudi.blogspot.com/

 

KONSEP DAKWAH BERSEPADU DAN GERAKERJA PENGGEMBELINGAN ORGANISASI MASYARAKAT – SATU PENGALAMAN

  • PDF

Latar Belakang – Cerita Kelesuan

Banyak organisasi masyarakat seperti Masjid, Surau, Jawatankuasa Penduduk, NGO-NGO Islam dan sebagainya sering merungut dan bersunggut betapa lesunya mereka. Kelesuan tersebut berasaskan kepada kurangnya penampilan kepimpimpinan organisasi mereka, terbatasnya pergerakan organisasi mereka, kurangnya penyertaan ahli-ahli mereka dalam aktiviti yang dianjurkan, suramnya pengurusan pejabat organisasi, hilangnya rasa hormat mesyarakat kepada organisasi mereka yang membawa kepada kekeliruan ahli-ahli terhadap hala tuju organisasi dan masyarakat pula mempersoalkan kerelevanan organisasi tersebut dan kemana perginya barisan kepimpinan yang telah diamanahkan serta untuk apa mereka memegang jawatan tersebut?.
Bukan organisasi itu tidak ada aktiviti untuk dijalankan.  Banyak sekali aktiviti tetapi ia tidak membawa organisasi itu ke mana-mana.  Dari mesyuarat, segala macam bengkel, kursus hinggalah kepada aktiviti rekreasi dan riadhah, semuanya itu telah cuba dilakukan tetapi ia tidak membuahkan hasil.  Ahli-ahli terus keliru manakala kepimpinan terus bersungut lalu masing-masing saling tuding menuding.


Dari segi bahan terbitan, bukan tidak ada yang diterbit dan diedarkan kepada masyarakat tetapi ia tidak ubah seperti buku cenderahati majlis-majlis perasmian.  Sarat dan padat dengan gambar dan silauan warna tetapi tidak dibaca bukan saja oleh masyarakat tetapi juga ahli malah barisan pimpinannya.
Wajar sekali ; dalam konteks dan ketika topik kelesuan ini diperkatankan, organisasi sukarela itu melihat suatu pendekatan dakwah secara praktikal dan bersepadu yang mampu bukan sahaja mengangkat semula sesebuah organisasi itu tetapi serentak dengan itu mampu mengangkat martabat masyarakat Islam dalam satu-satu komuniti. Pendekatan tersebut ialah pengembelingan beberapa institusi masyarakat di dalam sesebuah komuniti.
Maksud Pendekatan Penggembelingan
Pengembelingan ialah satu proses yang mempersatukan sesebuah kelompok itu dalam bentuk hasrat serta tindakan bagi mencapai sesuatu maksud yang diingini oleh kelompok tersebut.


Dalam konteks sesebuah organisasi, penggembelingan membawa maksud;

a. Kita menggembeling seluruh organisasi seperti masjid, surau, jawatankuasa penduduk, NGO-NGO Islam dan sebagainya bagi mencapai sesuatu tujuan yang murni yang telah kita tetapkan.
b. Kita menggembeling seluruh sumber tenaga ahli-ahli komuniti setempat untuk mencapai satu-satu maksud atau juga untuk menggembeling seluruh komponen masyarakat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat berhubung dengan gejala sosial maksiat dan mungkarat.
Bagi tujuan perbincangan tersebut seterusnya, tumpuan akan diberikan kepada penggembelingan yang berhubung dengan masyarakat (b).

Sasaran Penggembelingan


a. Masyarakat Umum;
Meliputi seluruh masyarakat tanpa mengira lokasi, kelompok, agama dan bangsa.


b. Masyarakat berasaskan Lokasi;

  • Daerah
  • Bandar
  • Desa
  • Kariah
  • Kawasan Rancangan
  • Bukit
  • Persisiran pantai
  • Flat perumahan


c. Masyarakat Berasaskan Pekerjaan / Usia;

  • Penanam padi
  • Nelayan
  • Pekebun getah
  • Pengusaha tanah rancangan
  • Pekerja industri
  • Pemandu teksi
  • Pekerja ladang
  • Pendidik
  • Belia
  • Remaja
  • Pelajar
  • Wanita
  • Kanak-kanak
  • Pekerja binaan

Bidang Penggembelingan
Berikut adalah antara bidang yang boleh melalui proses penggembelingan masyarakat;

  • Pendidikan
  • Pertanian
  • Pemilikan dan Pembangunan Tanah
  • Bandar-bandar
  • Desa-desa
  • Kepimpinan
  • Politik
  • Pentadbiran
  • Alam Sekitar
  • Perindustrian
  • Pengankutan
  • Teknologi maklumat
  • Agama
  • Kelompok-kelompok masyarakat yang terbabit dengan perkara tersebut

Prasyarat Proses Penggembelingan
Banyak para pendokong organisasi masyarakat yang apabila ditanya kenapa mereka tidak mahu terlibat menangani permasalahan masyarakat khususnya gejala maksiat dan mungkarat; maka mereka akan menjawab bahawa mereka ; “tidak tahu, tak pernah buat, tak ada kepakaran, bukan bidang mereka, tak ada kuasa, tak tahu nak mula dan sebagainya.” Walhal proses ini tidaklah serumit yang mereka bayangkan. Umapamanya ada tiga syarat yang ramai orang menyedarinya tetapi oleh kerana telah tertanam sekian banyak sikap suka mencari alasan untuk tidak berbuat dan sentiasa berfikiran negatif maka syarat-syarat berikut menjadi terlalu sukar untuk mereka penuhi;


a. Organisasi masyarakat mesti melihat keberkaitan di antara apa yang berlaku kepada masyarakat dengan kewujudan organisasi mereka;

  • Untuk apa organisasi masyarakat itu diwujudkan seperti masjid, surau, jawatankuasa penduduk dan sebagainya; memenuhi keperluan ahli masyarakat atau kepentingan pemimpin atau untuk siapa?
  • Sesebuah organisasi yang mendakwa bahawa mereka memperjuangkan nasib masyarakat tidak layak berbuat sedemikian jika apa yang berlaku di dalam masyarakat hanya ditontoni dan disunggutkan.
  • Yang dikatakan keberkaitan itu ialah apabila sesebuah organisasi itu bersama-sama dengan masyarakat di waktu suka-duka, senyum-tangis dan gembira-sedih.

b. Organisasi itu mesti bersedia untuk menilai serta merobah beberapa perspektif dan pendekatan mereka.

  • Ini sangat perlu dilakukan kerana dengan segala macam ucapan, ungkapan dan diskusi tidak akan bermakna apa-apa jika perspektif dan tindakan tidak kemana.
  • Mesti ada keberanian untuk melihat apa yang telah dilakukan selama ini.  Adakah ia masih ditakuk lama lalu ia perlu diubah agar menjadi lebih dinamik dan releven dengan masyarakat.
  • Relevan itu sendiri mempunyai erti dan makna yang sangat praktik dan realistik.

c.    Organisasi itu mestilah bersedia untuk belajar dan membina jaringan dengan kelompok-kelompok lain terutama dalam komuniti setempat.

  • Sudah banyak yang disebut bahawa nama-nama organisasi sukarela tidak boleh lagi berada di dalam kepompongnya sahaja.
  • Ini kerana kepompong yang dimaksudkan itu sudah usang dan serba ketinggalan. Ia mesti bersedia untuk melihat di luar sana dan belajar dari sesiapapun baik individu maupun kumpulan.
  • Tidak terbatas juga kesediaan untuk belajar dari golongan yang dianggap rendah keupayaan mereka dan sering pula dipinggirkan dari aliran arus perdana.

Pemeringkatan Proses Penggembelingan


a.    Memahami, Menganalisa dan Menginsafi Aspek-aspek Yang Berlaku Di Dalam Masyarakat;

  • Memahami senario umum dan sebenar-benarnya sesuatu  perkara yang terjadi di dalam masyarakat:
  1. Latarbelakang perkara
  2. Pihak-pihak yang terlibat dalam perkara berikut
  3. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkara-perkara tersebut
  4. Kesannya secara umum akibat dari perkara tersebut
  • Melihat perkara tersebut secara lebih terperinci;
  1. Melihat kes-kes khusus berkaitan perkara tersebut.
  2. Pihak yang paling teruk terjejas akibat dari perkara tersebut
  3. Menghubungkaitkan perkara tersebut dengan perkara-perkara lain
  4. Turun ke lapangan bagi mendapatkan gambaran sebenar menerusi kes-kes yang berlaku, mereka yang terbabit dan kesan yang diterima.  Perbincangan lebih khusus mesti diadakan
  • Mengenali, memahami dan menyerap masuk ke dalam masyarakat.
  1. Apakah kecenderungan masyarakat itu.
  2. Latar belakang masyarakat; budaya, sosio ekonomi, politik, aliran pemikiran.
  3. Mengenal pasti titik permulaan (entry point) dalam mendekati masyarakat.
  4. Menghubugkaitkan semuaa gerakerja penggembelingan dengan setiap komponen masyarakat.
  5. Membina kumpulan teras yang akan menjadi rakan bersama dalam keseluruhan proses penggembelingan yang akan dijalankan.


b.    Menyelami, menganalisa dan menginsafi langsung tidak mencukupi. Suatu gerakerja yang praktis dan dinamik harus berlaku;

  • Membuat pertanyaan dan persoalan kepada pihak-pihak yang terbabit dengan perkara tersebut.
  • Mengadakan siri Cambah Fikir atau diskusi berhubung perkara berikut.  Penyertaan hendaklah melibatkan;
  1. Pakar-pakar dalam perkara tersebut.
  2. Pihak pentadbiran yang berkait dengan perkara tersebut.
  • Mengatakan pendirian secara rasmi dengan mendokumenkan terhadap perkara tersebut.  Penyertaan pendirian ini mestilah disampaikan kepada:
  1. Pihak berkuasa.
  2. Golongan-golongan yang berpengaruh di dalam masyarakat.
  3. Pihak yang terjejas akibat dari perkara tersebut.
  4. Masyarakat umum.
  • Penyataan pendirian tersebut boleh disalurkan menerusi:
  1. Media massa.
  2. Terbitan dan edaran.
  3. Pertemuan-pertemuan bersiri dengan pelbagai lapisan masyarakat.
  4. Dialog terbuka.
  • Proses membina jaringan dengan lain-lain organisasi / pertubuhan mesti dilakukan bagi memastikan pendirian tersebut turut dikongsi oleh pihak-pihak lain.
  1. Pertubuhan sukarela.
  2. Individu berpengaruh.
  3. Institusi masyarakat.

c.    Menghasilkan Impak Hasil Dari (a) dan (b)
Semua gerakerja penggembelingan mestilah menghasilkan impak bagi memastikan masalah yang menyelubungi masyarakat dapat diatasi;

  • Impak yang mesti berlaku ialah yang disebut Impak Struktural dan Impak Horizontal.
  • Memastikan bahawa tuntutan dinyatakan dalan pendirian itu dilaksanakan.
  • Mengenakan tekanan bagi memastikan perubahan yang dikehendaki.
  • Tekanan mesti dibuat seiring dengan golongan-golongan yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dengan perkara tersebut.
  • Proses mendidik ketahanan, kesedaran dan upaya bertindak mesti terus diberikan kepada golongan yang terbabit dengan perkara-perkara tersebut.

Melahirkan Tenaga Penggerak, Memperluaskan Keahlian Serta Sokongan
Proses penggembelingan adalah proses interaksi yang aktif di antara organisasi dan masyarakat. Kesempatan ini tidak harus dilepaskan oleh organisasi untuk memenagi hati masyarakat secara praktis;

  • Mengenal pasti kelompok atau individu yang menunjukkan minat dan pontensi.
  • Memperkenalkan organisasi secara terbuka kepada masyarakat.
  • Mengemukakan program-program lain kepada masyarakat.
  • Aktivis / Tenaga Penggerak yang lahir dari proses ini mestilah diberi perhatian untuk dibina dan dikembangkan potensi mereka.

Membina Sebuah Sekretariat Organisasi Yang Dinamik dan Mantap
Dalam menggerakkan proses penggembelingan sebuah sekretariat yang dinamik dan hidup sangat perlu diwujudkan;

  • Sekretariat itu mestilah membuat penyeliaan terhadap apa jua perkembangan di dalam sesebuah masyarakat.
  • Penyeliaan ini boleh dilakukan menerusi;
  1. Media cetak / elektronik.
  2. Tinjauan ke lapangan.
  3. Aktivis.
  4. Dokumen laporan-laporan oleh kerajaan dan swasta.
  5. Hasil penyelidikan Institusi Pengajian Tinggi.
  • Sekretariat itu hendaklah mempu membina sistem pengurusan fail, penyeliaan, pengedaran maklumat dan komunikasi pelbagai hala dengan semua pihak.
  • Sekretariat ini mestilah menjadi pusat yang disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan ia sentiasa dikunjungi pelbagai tujuan.

Menghasilkan Bahan-bahan Terbitan
Kesemua pengalaman dari proses penggembelingan mestilah didokumentasikan serta diterbitkan.  Biar apapun hasil dari proses tersebut, ia sangat relevan untuk didokumentasikan;

  • Bahan-bahan tersebut akan disebarkan supaya masyarakat umumnya mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.
  • Juga untuk generasi masa depan mereka tidak menyalahkan generasi terdahulu kerana tidak berbuat apa-apa.
  • Sebagai bahan pendidikan dan digunakan sebagai teks rujukan proses pembangunan fizikal dan spritual yang berlaku di dalam masyarakat.
  • Ia boleh dibuat dalam bentuk buku dan risalah yang boleh dimiliki oleh sesiapa saja.

KERANGKA KERJA, TINDAKAN PERUBAHAN MASYARAKAT DAN AKTIVIS

1.    Bentuk Kumpulan Masyarakat

i.    Bantahan peribadi
ii.    Kumpulan atau Jawatankuasa Bertindak
iii.    Gabungan Bertindak
iv.    Pertubuhan Masyarakat
v.    Badan bukan kerajaan
vi.    Parti

2.    Mengetahui Sumber Isu
i.    Aduan
ii.    Pemantauan Akhbar
iii.    Pemantauan Lapangan/Umum
iv.    Pengalaman setempat

3.    Menganalisa Dan Membuat Perancangan

i.    Pemetaan komuniti
ii.    Analisa punca dan kesan / Impak
iii.    Analisa struktur masyarakat dan perundangan
iv.    Kajian mangsa dan pemangsa
v.    Strategi bertindak dan orang sumber
vi.    Upaya dalaman; sumber manusia; kewangan
vii.    Jaringan, kumpulan penyokong dan pembangkang
viii.    Pengagihan tugas dan susulan

4.    Membuat Kajian Lanjut

i.    Pemfailan keratan akhbar
ii.    Maklumat bertulis: laporan, statistik
iii.    Bahan bercetak: buku, majalah, jurnal
iv.    Kertas kerja dan dokumen kerajaan
v.    Surat mohon maklumat
vi.    Pemantauan dan penyiasatan
vii.    Gambar
viii.    Laporan polis
ix.    Seminar dan bengkel ilmiah
x.    Temuranah, kaji selidik, dan ‘Undian’
xi.    Carian syarikat, persatuan dan tanah
xii.    Sampel @ bahan contoh
xiii.    Internet
xiv.    Kajian sainstifik
xv.    Kertas fakta dan dossier

5.    Menggunakan Media Bertindak Utama
i.    Aduan surat
ii.    Aduan kaunter
iii.    Aduan telefon
iv.    Surat Makluman
v.    Surat bantahan
vi.    Surat aduan / gesaan
vii.    Surat rayuan
viii.    Perundingan / konsultasi
ix.    Memorandum – AJK / Individu
x.    Bantahan awam
xi.    Kempen tandatangan
xii.    Dialog atau pertemuan dengan Menteri, Ketua Pangarah dan lain-lain
xiii.    Laporan
xiv.    Ceramah, syarahan awam
xv.    Debat, forum bantahan awam
xvi.    Demonstrasi
xvii.    Sepanduk
xviii.    Risalah edaran – Phamplet
xix.    Perundingan
xx.    Mahkamah
xxi.    Media
xxii.    Pendedahan media @ awam
xxiii.    Lobi
xxiv.    Piket
xxv.    Boikot
xxvi.    Sekatan jalan
xxvii.    Penulisan artikel, cerita
xxviii.    Penulisan sajak, pantun
xxix.    Lakonlayar – teater, filem
xxx.    Solat hajat dan doa
xxxi.    Gangguan, gesaan bertindak – jumpa atau telefon, sms
xxxii.    Perarakan
xxxiii.    Tunjuk perasaan
xxxiv.    Mogok, mogok lapar
xxxv.    Maskot atau simbol protes
xxxvi.    Tarik diri
xxxvii.    Pemulangan anugerah
xxxviii.    Engkar terlibat
xxxix.    Poskad atau surat protes
xl.    Bom Fax, Bom email
xli.    Pemilihan, undian @ pilihanraya
xlii.    Model alternatif
xliii.    Soalan DUN dan Parlimen
xliv.    Lagu protes

6.    Menggunakan Media Massa

i.    Akhbar – bersifat tempatan dan kebangsaan. Pelbagai bahasa. Berorientasi politik dll.
ii.    Televisyen
iii.    Internet – Website, Blog, Laman Sosial, Email, Web TV
iv.    Radio
v.    Majalah
vi.    Buku

Mekanisma menggunakan media massa;
i.    Kenyataan akhbar
ii.    Sidang akhbar
iii.    Surat pembaca
iv.    Siasatan dan pendedahan
v.    Kenyataan lisan
vi.    Liputan
vii.    Dokumentari

7.    Perundangan dan Mahkamah


Jenis Perundangan Berkaitan Gejala Sosial
i.    Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri-negeri
ii.    Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
iii.    Pelesenan Pejabat Daerah
iv.    Lain-laian Undang-undang jabatan berkaitan

Mekanisma Perundangan
i.    Ambil maklumbalas awam
ii.    Buat surat dan aduan kepada jabatan berkaitan
iii.    Laporan polis, SPRM, Penguatkuasa
iv.    Fail kes ke Mahkamah

8.    Komunikasi Awam


Simbolik
i.    Slogan, Karikatur dan Simbol
ii.    Banner, Poster, Model dan Arca
iii.    Pamplet dan risalah
iv.    Buku dan majalah
v.    Kaset, Dokumentari dan video
vi.    T-shirt, Pelekat (stiker)


Abstrak
i.    Deklarasi
ii.    Bendera
iii.    Simbol dan tanda
iv.    Lukisan

9.    Pengurusan dan Dokumentasi

i.    Struktur organisasi
ii.    Pemfailan, bahan bercetak
•    Fail isu, surat, laporan
•    Fail Program
•    Fail penggerak dan aktivis
•    Pemfailan maklumat komputer
iii.    Dokumentasi; laporan, gambar, bahan bercetak
iv.    Mesyuarat dan minit mesyuarat
v.    Pelaporan
vi.    Pengurusan kewangan
vii.    Pengurusan aset dan peralatan
viii.    Perhubungan (komunikasi)
ix.    Penilaian
x.    Perkongsian dan penukaran maklumat/pengaman dengan badan lain

10.    Pendidikan
i.    Ceramah, Taklimat
ii.    Seminar dan bengkel
iii.    Pameran
iv.    Dialog dan debat
v.    Latihan dan kem
vi.    Kelas, Kuliah, Kursus
vii.    Risalah, Phamplet dan Bahan edaran
viii.    Penerbitan, Buku dan Majalah
ix.    Pameran
x.    Model
xi.    Website, email dan e-berita

11.    Pembangunan perkumpulan masyarakat
i.    Kesepakatan, kefahamam, dan kebersamaan
ii.    Kepimpinan dan perancangan
iii.    Pengurusan dam mesyuarat
iv.    Minit, Pelaporan, Pemfailan dan dokumentasi
v.    Pemujukan dan kesedaran masyarakat
vi.    Jaringan dan sokongan
vii.    Sumber maklumat dan rujukan
viii.    Pengagihan tugas
ix.    Pengurusan konflik
x.    Perkongsian masyarakat – model dan kisah kejayaan dan kegagalan

12.    Tawakkal kepada Allah.

Setelah kerja-kerja dirancang dan dilaksanakan, maka hanya Allah S.W.T  yang akan menentukan kejayaan kita dan kita hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T sahaja.