PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Wednesday, Aug 23rd

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Fokus Semasa Pelbagai

Pelbagai

ULASAN PEMBACA BUKU BALDATUN TOYYIBAH :UTHMANIYYAH

  • PDF
Oleh : Hasmadi Hasbi
Assalamualaikum wbt, saya terpanggil untuk membedah sedikit buku yang saya dapat ketika menghadiri Seminar Baldatun Toyyibah (II): Model Uthmaniyyah yang lalu. Buku ini mengandungi lapan subtopik yang mengulas dan mengupas tentang Kerajaan Uthmaniyyah dari pelbagai pandang sisi seperti ekonomi, undang-undang, pentadbiran dan sebagainya.
PENDAHULUAN
Pemerintahan Islam pernah menjadi kuasa besar yang mencorak lanskap pentadbiran dunia selama hampir 14 abad semenjak zaman Rasulullah SAW. Islam tersebar dengan agak pantas, menguasai seluruh Jazirah Arab, seterusnya meluas ke Al-Syam (Jordan,Lubnan,Palestin & Syria), Utara Afrika, Iraq, Parsi, Eropah dan juga Asia termasuklah Alam Melayu.
Kerajaan Uthmaniyyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila Kota Constantinople telah ditakluk oleh Muhammad al-Fatih (1432-1481). Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru kepada Islam. Ia menjadi lambang kejatuhan empayar yang terkenal iaitu Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan Kristian. Empayar Rome Byzantine dan Empayar Parsi adalah antara empayar yang berjaya ditakluk oleh Islam. Kejatuhan Empayar Byzantine juga telah membuka ruang dakwah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama Eropah Timur.

Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13. Pemerintahan ini boleh dibahagikan kepada beberapa fatrah, seperti berikut :
  1. Peringkat awal penubuhan (1299-1453)
  2. Perkembangan dan pengukuhan (1453-1682)
  3. Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827)
  4. Kemerosotan dan kejatuhan (1828-1908)
  5. Pembubaran pemerintahan (1908-1924)
Buku Baldatun Toyyibah : Model Uthmaniyyah

BERMULANYA PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH
Pada peringkat awal, penubuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah telah diasaskan oleh Osman I (Osman Ghazi Khan). Beliau pada awalnya telah memimpin pasukan tenteranya untuk membebaskan diri daripada kerajaan Saljuk (1299). Bermula itulah beliau membentuk sistem pemerintahan tersendiri yang menjadi pewaris kepada kekhalifahan yang memerintah Turki. Beliau mengisytiharkan diri sebagai sultan yang berkuasa ke atas pemerintahan dinasti tersebut.
Golongan Byzantine mengambil pendirian untuk meninggalkan kependudukan mereka menuju ke perkampungan countryside dalam negara seperti Anatolia. Byzantine cuba sedaya upaya menghalang Osman meluaskan kekuasaannya ke Barat tetapi, Osman berjaya menguasai beberapa wilayah barat sepertii Eupheses (Berhampiran Laut Aegen). Pasukan beliau juga turut bergerak untuk menguasai sebelah timur Anatolia, di mana mereka telah berjaya menguasai Laut Hitam, kawasan startegik bagi Byzantine.
Misi terakhir Osman sebelum kematiannya telah menentang tentera Byzantine di Bursa (1324). Kemenangan Islam membuktikan Islam boleh menewaskan pasukan bukan Islam di kawasan kubu kuat mereka. Anak yang mewarisi kepimpinan Osman ialah Orhan, telah menjadikan Bursa sebagai pusat utama pemerintahan mereka.
PERKEMBANGAN DAN PENGUKUHAN
Semasa era ini, perkembangan kerajaan Uthmaniyyah boleh dibahagikan kepada dua kategori :
  1. Kejayaan penaklukan Kota Constantinople (1453) sehinggalah Sultan Sulaiman Al-Qanuni meninggal pada 1566.
  2. Kelemahan struktur pentadbiran pasca 1566 sehinggalah kegagalan menguasai Vienna pada tahun 1683.
Kota Constantinople menjadi jambatan penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah. Sebelum ianya ditakluk, pihak Uthmaniyyah telah menguasai beberapa wilayah penting di rantau Balkan. Antaranya ialah kejayaan dalam peperangan Kosove (1389). Kejayaan tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah satu dari kuasa Eropah yang ada. ia merupakan kemenangan yang strategik bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota Constantinople.
Pada Peperangan Nicopolis (1396), yang dianggap sebagai peperangan berskala besar, pihak tentera salib menentang Uthaminyya, tidak dapat menyekat kemaraan Uthamniyyah menguasai wilayah-wilayah yang berada di bawah Byzantine. Pihak Byzantine agak lega sedikit kerana Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di mana Timur (Juga dikenali sebagai Tamerlane, sebuah kuasa dari sebelah Timur yang wujud pada abad ke-14 di Asia Tengah. Mereka mempunyai kaitan jalur yang panjang dengan Dinasti Mughal) telah menjajah Anatolia dalam peperangan Ankara (1402), menyaksikan Sultan Beyazid I telah dipenjara. Ini menyebabkan sebahagian wilayah yang dikuasai Uthmaniyyah jatuh buat sementara, antaranya Macedonia dan Kosovo. Pergolakan itu menyebabkan perancangan penguasaan ke atas Constantinople mengalami gangguan.
Pasukan tentera Uthamniyyah turut bersaing dengan kuasa Eropah lain di Lautan Hindi. Mereka pernah menghantar pasukannya melalui jalan laut Afrika dan juga ke Aceh di Indonesia untuk mempertahankan wilayah tersebut dari serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I dalah sultan Uthmaniyyah pertama yang menggunakan gelaran 'sultan' , manakala mulai tahun 1517, sultan di kalangan pemerintah Uthmaniyyah turut menjadi khalifah kepada umat Islam dengan pelbagai gelaran yang digunakan bagi menunjukkan kekuasaan mereka dalam pentadbiran.
Zaman kegemilangan Utmaniyyah berterusan di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566), beliau merupakan :
  1. Pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan Uthmaniyyah. Beliau banyak melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-Qanuni,pembuat undang-undang.
  2. Beliau turut berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah menguasai wilayah Byzantine seperti Hungary, Balgrade dan Rhodes.
  3. Beliau berjaya memperkasa armada laut dengan menguasai Laut Mediterranian, Laut Merah dan teluk Parsi.
Perkembangan pada zaman kedua iaitu zaman kemunduran bermula apabila pihak Uthmaniyyah tidak berjaya menawan Vienna (1683) di Zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni yang menyebabkan mereka terpaksa berundur dari sebahagian wilayah di Eropah tersebut. Kekalahan itu juga membuka jalan kepada Kristian untuk merencana tindakan baru bagi berdepan dengan Uthmaniyyah. Antaranya Paus yang memimpin kelompok Kristian Katolik di Rome dalam usaha membentuk pasukan tentera salib baru bagi tujuan menentang tentera Uthmaniyyah. Beliau mencetuskan kebangkitan semangat anti Islam agar golongan salib bengun menentang penguasaan islam dan Kerajaan Uthmaniyyah tersebut.
Kawasan Taklukan Kerajaan Uthmaniyyah

ZAMAN MENDATAR DAN KEBANGKITAN NASIONALISME
Antara faktor yang menjadikan pengembangan yang dilakukan oleh Uthmaniyyah tidak aktif ialah :
  1. Kekalahan menguasai Vienna (1683).
  2. Penglibatan mereka di dalam peperangan yang menelan belanja besar.
Mereka turut mengalami kekalahan dalam siri-siri peperangan di Eropah seperti :
  1. Peperangan menentang Poland-Lithuania.
  2. Rusia & Autria-Hungary
  3. Peperangan Kerajaan Uthmaniyyah dengan Rusia berlangsung selama 3 abad (kurun 17,18 & 19)
Kemenangan yang didambakan tetapi kekalahan yang terpaksa diharungi amat memeritkan pemerintahnnya lantaran kos persenjataan yang amat tinggi.
Pada awal abad ke 18, pihak Uthmaniyyah membuat satu perjanjian yang dikenali sebagaiPerjanjian Passarowitz , di mana ia telah mewujudkan suasana yang aman pada tahun suasana yang aman pada tahun 1718-1730 (selama 12 tahun). Melalui perjanjian ini, mereka berupaya mendirikan benteng pertahanan di sekitar negara Balkan bagi menyekat serangan pihak Eropah ke atas wilayah Uthmaniyyah. Mereka mula menukar pendekatan pemerintahan dengan mengemukakan polisi mesra rakyat dengan mengambil kira pandangan masyarakat umum, mengurangkan cukai, meningkatkan taraf infrastruktur awam, dan bermacam-macam lagi.
Pihak Uthmaniyyah juga melakukan pembaharuan terhadap sistem pendidikan dengan memperkenalkan institusi kemahiran seperti Universiti Teknikal Istanbul dan lain-lain. Namun begitu, mereka tidak dapat menandingi kemajuan teknologi yang telah meletus di Barat. Rentetan dari itu, banyak wilayah Uthmaniyyah yang telah tewas kepada Barat terutama kepada Rusia dan Austria pada abad ke-18.
Selain itu kerajaan Uthmaniyyah turut mempunyai masalah dalaman wilayah-wilayah Islam lain yang berada di bawah pemerintahannya, mereka menghadapi kebangkitan umpamanya dari Egypt dan Algeria, tetapi kedua-dua negara ini telah dijajah pula oleh British dan Perancis.
Mereka turut terpaksa berhadapan dengan kebangkitan di negara-negara Balkan seperi Revolusi Serb (1804-1815. Revolusi ini menjadi pengasas kepada kebangkitan menentang Uthmaniyyah. Pada tahun 1821, mereka terpaksa pula berdepan dengan pengisytiharan perang terhadap Sultan oleh Greek. Mereka berjaya menjadi wilayah pertama di bawah Empayar Uthmaniyyah yang dibebaskan.
Kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa telah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah tidak mampu untuk mengendurkan ketegangan satu demi satu wilayahnya menuntut untuk bebas dan keluar dari pemerintahan Uthmaniyyah. Ini termasuk dalam kes negara Saudi Arabia di mana pemimpinnya pada waktu tersebut Sharif Husin ditawarkan dengan pemerintahan sebagai ganti kepada pemberontakan untuk bebas dari Uthmaniyyah. Namun diskusi Sharif Husin dengan Mc Mohan di Egypt hanya menjadi bahan ketawa setelah kelicikan pihak British telah mempersendakan intelek masyarakat Arab. Golongan Arab ini mudah dipermainkan oleh musuh yang suka memberi janji palsu.
ERA KEJATUHAN DAN PROSES MODENISASI (TANZIMAT)
Dalam era ini, empayar Uthmaniyyah terpaksa berhadapan dengan cabaran hebat untuk berdepan dan menghadapi tentangan, serangan dan penjajahan dari kuasa luar. Uthmaniyyah juga banyak terlibat dalam kerjasama membentuk pasukan pertahanan dengan kuasa-kuasa lain dari sebelah Eropah seperti kerjasama dengan Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Contohnya, ketika Peran Crimea (1853), Uthmaniyyah membentuk pasukan bersama dengan Britain dan perancis dalam menentang Rusia.
Ada sebahagian penduduk Crimea ini yang juga dikenali sebagai Crimean Tartar, berhijrah ke Turki untuk mendapatkan perlindungan. Mereka terus berada dan tinggal di situ. Mereka turut terlibat di dalam membangunkan Turki dan membantu dalam proses modenisasi pendidikan yang dilakukan pada akhir abad ke-19.
Proses penyusunan semula dan pembaharuan (tanzimat) sekitar tahun 1839-1876, bermula dengan satu polisi rasmi yang dikenali sebagai The Imperial Rescript of The Rose Chamber of 1839. Ia merupakan permulaan kepada reformasi di bawah proses tanzimat ketika pemerintahan Sultan Abdulmecid I dari tahun 1839-1861. Ia juga penanda penting perubahan sistem pentadbiran kepada sistem yang lebih sekular.Polisi ini menghapuskan cukai pertanian. ia menjadikan para askar mengawal sesuatu wilayah berdasarkan jumlah penduduk. Secara ringkasnya ia telah membentuk kehidupan sosial baru dalam kalangan masyarakat.
Mereka turut memasukkan jaminan hak-hak asasi seperti jaminan samarata (equality) kepada semua penduduk Uthmaniyyah tanpa mengambil kira soal bangsa dan kepercayaan agama. Polisi ini menghapuskan sistem millet dalam empayar Uthmaniyyah. Sistem Millet adalah sistem sosial yang berteraskan kepada agama seseorang., di mana setiap komuniti agama diberi kebebasan autonomi untuk bergerak, adakalanya mendapat perhatian istimewa, berdasarkan rumah ibadat yang mereka anggotai.
Proses ini dicetuskan oleh Sultan Mahmud II yang memerintah dari tahun 1808-1839, diteruskan oleh Sultan Abdulmecid I, dengan harapan dapat membawa kebaikan dan faedah daripada pengurusan yang cekap ke seluruh wilayah di bawah kerajaan Uthmaniyyah. Antaranya :
  1. Pihak Uthmaniyyah berjanji menjaga penduduknya dengan jaminan keselamatan, kesejahteraan diri dan harta.
  2. Memperkenalkan wang kertas pertama Uthmaniyyah (1840).
  3. Menyusun semula ketenteraan, kaedah pengambilan, gaji dan penentuan tempoh khidmat (1843-1844)
  4. Memperkenalkan lagu kebangsaan dan bendera negara (1844)
  5. Menyusun semula sistem kewangan berdasarkan model Perancis.
  6. Menyusun semula Undang-undang sivil dan jenayah mengikut model Perancis
  7. Mewujudkan Meclis-i Maarif-i Umumiye (1845) yang menjadi dasar penubuhan Parlimen Uthmaniyyah Pertama (1876)
  8. Mendirikan universiti moden yang pertama (1848)
  9. Menghapuskan Jizyah ke atas non-Muslim, dengan memperkenalkan sistem cukai bersepadu (1856)
  10. Mewujudkan Bursa Saham di Istanbul pada 1866
  11. Mendirikan jalan-jalan keretapi, pemodenan kilang industri, pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan awam dan kemajuan perdagangan.
Perlembagaan Pertama Uthmaniyyah ini ditulis oleh 'golongan muda Uthmaniyyah' pada tahun 23 November 1876 sehingga 13 Februari 1878. Ia tidak melibatkan sistem parti. Pada masa tersebut, parlimen dilihat sebagai tempat untuk menyuarakan pandangan dan hasrat rakyat, bukan tempat untuk parti politik atau pertubuhan untuk berbahas. Sebab itulah dalam sistem demokrasi moden, apa yang dibuat oleh Uthmaniyyah ini mirip kepada Monarki Berpelembagaan, bukan sistem perwakilan rakyat.
Idea-idea kumpulan ini tidak disenangi sesetengah pihak sehingga kewujudan Young Ottomans terpaksa diharamkan. Sultan Abdul Hamid II yang pada awalnya menerima idea Perlembagaan Pertama, menolak kembali idea-idea tersebut. Selepas dari itu, kumpulan intelektual ini terus mencari idea untuk membantu Kerajaan Uthmaniyyah, di mana terbentuknya kumpulan yang dikenali sebagai Young Turks. Mereka memikirkan polisi-polisi untuk negara sehinggalah kerajaan Uthamniyyah menyertai Perang Dunia I.
AWAL ABAD KE 20 : ZAMAN TENAT DAN PEMBUBARAN PEMERINTAHAN
Kebangkitan Arab (Arab Revolt) yang berlaku pada tahun 1916, menyaksikan kerajaan Uthmaniyyah kehilangan kawalan ke atas wilayahnya di negara Arab terutama di Jazirah Arab (Saudi) . Ketika perjanjian pembahagian wilayah kepada kuasa-kuasa besar dilakukan pada 30 Oktober 1918, sebahagian wilayah di Semenanjung Arab yang masih berada di bawah Uthmaniyyah hanyalah Yaman, Asir, Mdinah, sebahagian kecil Syria dan sebahagian kecil Iraq.
Perjanjian ini seakan-akan suatu paksaan ke atas Kerajaan Uthmaniyyah untuk mengiktiraf satu perjanjian sulit yang dilakukan oleh United Kingdom, Perancis dan Rusia pada tahun 1916, iaitu Perjanjian Sykes-picot. ia adalah perjanjian sulit untuk membahagi-bahagikan wilayah di bawah Uthmaniyyah kepada kuasa-kuasa tersebut, termasuklah Palestin. Ia dibuat ketikamana Sir Mc Mohan, wakil British di Mesir menghubungi Sharif Hussain di Mekah untuk menjayakan Arab Revolt, dengan menjanjikan wilayah pentadbiran Jazirah Arab untuk beliau. Namun, sebaliknya berlaku kerana British terlibat dalam perjanjian rahsia tersebut. hasilnya, selepas Arab Revolt, Sharif Hussain pula yang terpaksa keluar dari negaranya ke Jordan.
Lakaran Wajah kesemua 36 Sultan Kerajaan Uthmaniyyah

Secara ringkas, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah boleh digambarkan berpunca daripada beberapa perkara, antaranya seperti berikut :
  1. Masalah ekonomi di mana kerajaan Uthmaniyyah berhadapan dengan kesukaran untuk membayar kembali hutang mereka dengan bank-bank Eropah.
  2. Kebangkitan nasionalis wilayah-wilayah tadbiran Uthmaniyyah termasuk di Negara Arab dengan tercetusnya Kebangkitan Arab pada tahun 1916.
  3. Perjanjian Sykes-picot 1916 yang dibuat secara rahsia telah menjadi plan strategik pihak kuasa barat untuk memecahbelahkan kerajaan Uthmaniyyah. Ini juga berlaku disebabkan kuasa-kuasa Barat ini beranggapan Uthmaniyyah akan jatuh apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914.
  4. Penyertaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan untuk tidak terlibat kerana desakan untuk mempertahankan wilayahnya yang cuba dirampas. Selepas Uthmaniyyah menandatangani persetujuan pada bulan Oktober 1914 untuk menyokong Jerman menentang Rusia dengan sokongan dari United Kingdom.
Sultan Abdulmecid II menjadi sultan terakhir dari dinasti pemerintahan Uthmaniyyah. Beliau sempat memerintah selama 17 bulan bermula 19 November 1922-3 Mac 1924. Ketika itu, tiada apa yang mampu dilakukan setelah Republik Turki diisytiharkan dalm polisi negara mereka juga telah berubah kepada mengadaptasikan sistem yang lebih terbuka, liberal dan mengamalkan sekular. Agama tidak lagi menjadi perkara penting di dalam pertimbangan sebarang polisi negara.
PENUTUP
Seperti membenarkan 'teori kitaran' Ibn Khaldun, Kerajaan ini mengalami kitarannya yang tersendiri. Setelah mengalami beberapa masalah, di samping kesukaran menjaga wilayah mereka yang luas tersebut, Uthmaniyyah mengalamai kemerosotan. Zaman tersebut telah diambil kesempatan oleh pihak kuasa Barat untuk bertindak semula mendapatkan wilayah-wilayah yang pernah jatuh ke tangan Uthmaniyyah. Kejatuhan Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya penguasaan empayar islam ke atas dunia. Cuma pengharapan kita agar kejatuhan ini adalah sementara, bukan 'syahid' yang tidak boleh bangkit lagi. Kebangkitan seterusnya perlukan perencanaan. ia mungkin sahaja berbeza bentuknya dengan penguasaan ke atas teknologi, perdagangan,pendidikan dan seumpamanya. Apa yang penting, sejarah ini perlu diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan yang tersemat di dalam buku.
Sumber: http://madi2mudamudi.blogspot.com/

 

KONSEP DAKWAH BERSEPADU DAN GERAKERJA PENGGEMBELINGAN ORGANISASI MASYARAKAT – SATU PENGALAMAN

  • PDF

Latar Belakang – Cerita Kelesuan

Banyak organisasi masyarakat seperti Masjid, Surau, Jawatankuasa Penduduk, NGO-NGO Islam dan sebagainya sering merungut dan bersunggut betapa lesunya mereka. Kelesuan tersebut berasaskan kepada kurangnya penampilan kepimpimpinan organisasi mereka, terbatasnya pergerakan organisasi mereka, kurangnya penyertaan ahli-ahli mereka dalam aktiviti yang dianjurkan, suramnya pengurusan pejabat organisasi, hilangnya rasa hormat mesyarakat kepada organisasi mereka yang membawa kepada kekeliruan ahli-ahli terhadap hala tuju organisasi dan masyarakat pula mempersoalkan kerelevanan organisasi tersebut dan kemana perginya barisan kepimpinan yang telah diamanahkan serta untuk apa mereka memegang jawatan tersebut?.
Bukan organisasi itu tidak ada aktiviti untuk dijalankan.  Banyak sekali aktiviti tetapi ia tidak membawa organisasi itu ke mana-mana.  Dari mesyuarat, segala macam bengkel, kursus hinggalah kepada aktiviti rekreasi dan riadhah, semuanya itu telah cuba dilakukan tetapi ia tidak membuahkan hasil.  Ahli-ahli terus keliru manakala kepimpinan terus bersungut lalu masing-masing saling tuding menuding.


Dari segi bahan terbitan, bukan tidak ada yang diterbit dan diedarkan kepada masyarakat tetapi ia tidak ubah seperti buku cenderahati majlis-majlis perasmian.  Sarat dan padat dengan gambar dan silauan warna tetapi tidak dibaca bukan saja oleh masyarakat tetapi juga ahli malah barisan pimpinannya.
Wajar sekali ; dalam konteks dan ketika topik kelesuan ini diperkatankan, organisasi sukarela itu melihat suatu pendekatan dakwah secara praktikal dan bersepadu yang mampu bukan sahaja mengangkat semula sesebuah organisasi itu tetapi serentak dengan itu mampu mengangkat martabat masyarakat Islam dalam satu-satu komuniti. Pendekatan tersebut ialah pengembelingan beberapa institusi masyarakat di dalam sesebuah komuniti.
Maksud Pendekatan Penggembelingan
Pengembelingan ialah satu proses yang mempersatukan sesebuah kelompok itu dalam bentuk hasrat serta tindakan bagi mencapai sesuatu maksud yang diingini oleh kelompok tersebut.


Dalam konteks sesebuah organisasi, penggembelingan membawa maksud;

a. Kita menggembeling seluruh organisasi seperti masjid, surau, jawatankuasa penduduk, NGO-NGO Islam dan sebagainya bagi mencapai sesuatu tujuan yang murni yang telah kita tetapkan.
b. Kita menggembeling seluruh sumber tenaga ahli-ahli komuniti setempat untuk mencapai satu-satu maksud atau juga untuk menggembeling seluruh komponen masyarakat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat berhubung dengan gejala sosial maksiat dan mungkarat.
Bagi tujuan perbincangan tersebut seterusnya, tumpuan akan diberikan kepada penggembelingan yang berhubung dengan masyarakat (b).

Sasaran Penggembelingan


a. Masyarakat Umum;
Meliputi seluruh masyarakat tanpa mengira lokasi, kelompok, agama dan bangsa.


b. Masyarakat berasaskan Lokasi;

  • Daerah
  • Bandar
  • Desa
  • Kariah
  • Kawasan Rancangan
  • Bukit
  • Persisiran pantai
  • Flat perumahan


c. Masyarakat Berasaskan Pekerjaan / Usia;

  • Penanam padi
  • Nelayan
  • Pekebun getah
  • Pengusaha tanah rancangan
  • Pekerja industri
  • Pemandu teksi
  • Pekerja ladang
  • Pendidik
  • Belia
  • Remaja
  • Pelajar
  • Wanita
  • Kanak-kanak
  • Pekerja binaan

Bidang Penggembelingan
Berikut adalah antara bidang yang boleh melalui proses penggembelingan masyarakat;

  • Pendidikan
  • Pertanian
  • Pemilikan dan Pembangunan Tanah
  • Bandar-bandar
  • Desa-desa
  • Kepimpinan
  • Politik
  • Pentadbiran
  • Alam Sekitar
  • Perindustrian
  • Pengankutan
  • Teknologi maklumat
  • Agama
  • Kelompok-kelompok masyarakat yang terbabit dengan perkara tersebut

Prasyarat Proses Penggembelingan
Banyak para pendokong organisasi masyarakat yang apabila ditanya kenapa mereka tidak mahu terlibat menangani permasalahan masyarakat khususnya gejala maksiat dan mungkarat; maka mereka akan menjawab bahawa mereka ; “tidak tahu, tak pernah buat, tak ada kepakaran, bukan bidang mereka, tak ada kuasa, tak tahu nak mula dan sebagainya.” Walhal proses ini tidaklah serumit yang mereka bayangkan. Umapamanya ada tiga syarat yang ramai orang menyedarinya tetapi oleh kerana telah tertanam sekian banyak sikap suka mencari alasan untuk tidak berbuat dan sentiasa berfikiran negatif maka syarat-syarat berikut menjadi terlalu sukar untuk mereka penuhi;


a. Organisasi masyarakat mesti melihat keberkaitan di antara apa yang berlaku kepada masyarakat dengan kewujudan organisasi mereka;

  • Untuk apa organisasi masyarakat itu diwujudkan seperti masjid, surau, jawatankuasa penduduk dan sebagainya; memenuhi keperluan ahli masyarakat atau kepentingan pemimpin atau untuk siapa?
  • Sesebuah organisasi yang mendakwa bahawa mereka memperjuangkan nasib masyarakat tidak layak berbuat sedemikian jika apa yang berlaku di dalam masyarakat hanya ditontoni dan disunggutkan.
  • Yang dikatakan keberkaitan itu ialah apabila sesebuah organisasi itu bersama-sama dengan masyarakat di waktu suka-duka, senyum-tangis dan gembira-sedih.

b. Organisasi itu mesti bersedia untuk menilai serta merobah beberapa perspektif dan pendekatan mereka.

  • Ini sangat perlu dilakukan kerana dengan segala macam ucapan, ungkapan dan diskusi tidak akan bermakna apa-apa jika perspektif dan tindakan tidak kemana.
  • Mesti ada keberanian untuk melihat apa yang telah dilakukan selama ini.  Adakah ia masih ditakuk lama lalu ia perlu diubah agar menjadi lebih dinamik dan releven dengan masyarakat.
  • Relevan itu sendiri mempunyai erti dan makna yang sangat praktik dan realistik.

c.    Organisasi itu mestilah bersedia untuk belajar dan membina jaringan dengan kelompok-kelompok lain terutama dalam komuniti setempat.

  • Sudah banyak yang disebut bahawa nama-nama organisasi sukarela tidak boleh lagi berada di dalam kepompongnya sahaja.
  • Ini kerana kepompong yang dimaksudkan itu sudah usang dan serba ketinggalan. Ia mesti bersedia untuk melihat di luar sana dan belajar dari sesiapapun baik individu maupun kumpulan.
  • Tidak terbatas juga kesediaan untuk belajar dari golongan yang dianggap rendah keupayaan mereka dan sering pula dipinggirkan dari aliran arus perdana.

Pemeringkatan Proses Penggembelingan


a.    Memahami, Menganalisa dan Menginsafi Aspek-aspek Yang Berlaku Di Dalam Masyarakat;

  • Memahami senario umum dan sebenar-benarnya sesuatu  perkara yang terjadi di dalam masyarakat:
  1. Latarbelakang perkara
  2. Pihak-pihak yang terlibat dalam perkara berikut
  3. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkara-perkara tersebut
  4. Kesannya secara umum akibat dari perkara tersebut
  • Melihat perkara tersebut secara lebih terperinci;
  1. Melihat kes-kes khusus berkaitan perkara tersebut.
  2. Pihak yang paling teruk terjejas akibat dari perkara tersebut
  3. Menghubungkaitkan perkara tersebut dengan perkara-perkara lain
  4. Turun ke lapangan bagi mendapatkan gambaran sebenar menerusi kes-kes yang berlaku, mereka yang terbabit dan kesan yang diterima.  Perbincangan lebih khusus mesti diadakan
  • Mengenali, memahami dan menyerap masuk ke dalam masyarakat.
  1. Apakah kecenderungan masyarakat itu.
  2. Latar belakang masyarakat; budaya, sosio ekonomi, politik, aliran pemikiran.
  3. Mengenal pasti titik permulaan (entry point) dalam mendekati masyarakat.
  4. Menghubugkaitkan semuaa gerakerja penggembelingan dengan setiap komponen masyarakat.
  5. Membina kumpulan teras yang akan menjadi rakan bersama dalam keseluruhan proses penggembelingan yang akan dijalankan.


b.    Menyelami, menganalisa dan menginsafi langsung tidak mencukupi. Suatu gerakerja yang praktis dan dinamik harus berlaku;

  • Membuat pertanyaan dan persoalan kepada pihak-pihak yang terbabit dengan perkara tersebut.
  • Mengadakan siri Cambah Fikir atau diskusi berhubung perkara berikut.  Penyertaan hendaklah melibatkan;
  1. Pakar-pakar dalam perkara tersebut.
  2. Pihak pentadbiran yang berkait dengan perkara tersebut.
  • Mengatakan pendirian secara rasmi dengan mendokumenkan terhadap perkara tersebut.  Penyertaan pendirian ini mestilah disampaikan kepada:
  1. Pihak berkuasa.
  2. Golongan-golongan yang berpengaruh di dalam masyarakat.
  3. Pihak yang terjejas akibat dari perkara tersebut.
  4. Masyarakat umum.
  • Penyataan pendirian tersebut boleh disalurkan menerusi:
  1. Media massa.
  2. Terbitan dan edaran.
  3. Pertemuan-pertemuan bersiri dengan pelbagai lapisan masyarakat.
  4. Dialog terbuka.
  • Proses membina jaringan dengan lain-lain organisasi / pertubuhan mesti dilakukan bagi memastikan pendirian tersebut turut dikongsi oleh pihak-pihak lain.
  1. Pertubuhan sukarela.
  2. Individu berpengaruh.
  3. Institusi masyarakat.

c.    Menghasilkan Impak Hasil Dari (a) dan (b)
Semua gerakerja penggembelingan mestilah menghasilkan impak bagi memastikan masalah yang menyelubungi masyarakat dapat diatasi;

  • Impak yang mesti berlaku ialah yang disebut Impak Struktural dan Impak Horizontal.
  • Memastikan bahawa tuntutan dinyatakan dalan pendirian itu dilaksanakan.
  • Mengenakan tekanan bagi memastikan perubahan yang dikehendaki.
  • Tekanan mesti dibuat seiring dengan golongan-golongan yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dengan perkara tersebut.
  • Proses mendidik ketahanan, kesedaran dan upaya bertindak mesti terus diberikan kepada golongan yang terbabit dengan perkara-perkara tersebut.

Melahirkan Tenaga Penggerak, Memperluaskan Keahlian Serta Sokongan
Proses penggembelingan adalah proses interaksi yang aktif di antara organisasi dan masyarakat. Kesempatan ini tidak harus dilepaskan oleh organisasi untuk memenagi hati masyarakat secara praktis;

  • Mengenal pasti kelompok atau individu yang menunjukkan minat dan pontensi.
  • Memperkenalkan organisasi secara terbuka kepada masyarakat.
  • Mengemukakan program-program lain kepada masyarakat.
  • Aktivis / Tenaga Penggerak yang lahir dari proses ini mestilah diberi perhatian untuk dibina dan dikembangkan potensi mereka.

Membina Sebuah Sekretariat Organisasi Yang Dinamik dan Mantap
Dalam menggerakkan proses penggembelingan sebuah sekretariat yang dinamik dan hidup sangat perlu diwujudkan;

  • Sekretariat itu mestilah membuat penyeliaan terhadap apa jua perkembangan di dalam sesebuah masyarakat.
  • Penyeliaan ini boleh dilakukan menerusi;
  1. Media cetak / elektronik.
  2. Tinjauan ke lapangan.
  3. Aktivis.
  4. Dokumen laporan-laporan oleh kerajaan dan swasta.
  5. Hasil penyelidikan Institusi Pengajian Tinggi.
  • Sekretariat itu hendaklah mempu membina sistem pengurusan fail, penyeliaan, pengedaran maklumat dan komunikasi pelbagai hala dengan semua pihak.
  • Sekretariat ini mestilah menjadi pusat yang disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan ia sentiasa dikunjungi pelbagai tujuan.

Menghasilkan Bahan-bahan Terbitan
Kesemua pengalaman dari proses penggembelingan mestilah didokumentasikan serta diterbitkan.  Biar apapun hasil dari proses tersebut, ia sangat relevan untuk didokumentasikan;

  • Bahan-bahan tersebut akan disebarkan supaya masyarakat umumnya mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.
  • Juga untuk generasi masa depan mereka tidak menyalahkan generasi terdahulu kerana tidak berbuat apa-apa.
  • Sebagai bahan pendidikan dan digunakan sebagai teks rujukan proses pembangunan fizikal dan spritual yang berlaku di dalam masyarakat.
  • Ia boleh dibuat dalam bentuk buku dan risalah yang boleh dimiliki oleh sesiapa saja.

KERANGKA KERJA, TINDAKAN PERUBAHAN MASYARAKAT DAN AKTIVIS

1.    Bentuk Kumpulan Masyarakat

i.    Bantahan peribadi
ii.    Kumpulan atau Jawatankuasa Bertindak
iii.    Gabungan Bertindak
iv.    Pertubuhan Masyarakat
v.    Badan bukan kerajaan
vi.    Parti

2.    Mengetahui Sumber Isu
i.    Aduan
ii.    Pemantauan Akhbar
iii.    Pemantauan Lapangan/Umum
iv.    Pengalaman setempat

3.    Menganalisa Dan Membuat Perancangan

i.    Pemetaan komuniti
ii.    Analisa punca dan kesan / Impak
iii.    Analisa struktur masyarakat dan perundangan
iv.    Kajian mangsa dan pemangsa
v.    Strategi bertindak dan orang sumber
vi.    Upaya dalaman; sumber manusia; kewangan
vii.    Jaringan, kumpulan penyokong dan pembangkang
viii.    Pengagihan tugas dan susulan

4.    Membuat Kajian Lanjut

i.    Pemfailan keratan akhbar
ii.    Maklumat bertulis: laporan, statistik
iii.    Bahan bercetak: buku, majalah, jurnal
iv.    Kertas kerja dan dokumen kerajaan
v.    Surat mohon maklumat
vi.    Pemantauan dan penyiasatan
vii.    Gambar
viii.    Laporan polis
ix.    Seminar dan bengkel ilmiah
x.    Temuranah, kaji selidik, dan ‘Undian’
xi.    Carian syarikat, persatuan dan tanah
xii.    Sampel @ bahan contoh
xiii.    Internet
xiv.    Kajian sainstifik
xv.    Kertas fakta dan dossier

5.    Menggunakan Media Bertindak Utama
i.    Aduan surat
ii.    Aduan kaunter
iii.    Aduan telefon
iv.    Surat Makluman
v.    Surat bantahan
vi.    Surat aduan / gesaan
vii.    Surat rayuan
viii.    Perundingan / konsultasi
ix.    Memorandum – AJK / Individu
x.    Bantahan awam
xi.    Kempen tandatangan
xii.    Dialog atau pertemuan dengan Menteri, Ketua Pangarah dan lain-lain
xiii.    Laporan
xiv.    Ceramah, syarahan awam
xv.    Debat, forum bantahan awam
xvi.    Demonstrasi
xvii.    Sepanduk
xviii.    Risalah edaran – Phamplet
xix.    Perundingan
xx.    Mahkamah
xxi.    Media
xxii.    Pendedahan media @ awam
xxiii.    Lobi
xxiv.    Piket
xxv.    Boikot
xxvi.    Sekatan jalan
xxvii.    Penulisan artikel, cerita
xxviii.    Penulisan sajak, pantun
xxix.    Lakonlayar – teater, filem
xxx.    Solat hajat dan doa
xxxi.    Gangguan, gesaan bertindak – jumpa atau telefon, sms
xxxii.    Perarakan
xxxiii.    Tunjuk perasaan
xxxiv.    Mogok, mogok lapar
xxxv.    Maskot atau simbol protes
xxxvi.    Tarik diri
xxxvii.    Pemulangan anugerah
xxxviii.    Engkar terlibat
xxxix.    Poskad atau surat protes
xl.    Bom Fax, Bom email
xli.    Pemilihan, undian @ pilihanraya
xlii.    Model alternatif
xliii.    Soalan DUN dan Parlimen
xliv.    Lagu protes

6.    Menggunakan Media Massa

i.    Akhbar – bersifat tempatan dan kebangsaan. Pelbagai bahasa. Berorientasi politik dll.
ii.    Televisyen
iii.    Internet – Website, Blog, Laman Sosial, Email, Web TV
iv.    Radio
v.    Majalah
vi.    Buku

Mekanisma menggunakan media massa;
i.    Kenyataan akhbar
ii.    Sidang akhbar
iii.    Surat pembaca
iv.    Siasatan dan pendedahan
v.    Kenyataan lisan
vi.    Liputan
vii.    Dokumentari

7.    Perundangan dan Mahkamah


Jenis Perundangan Berkaitan Gejala Sosial
i.    Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri-negeri
ii.    Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
iii.    Pelesenan Pejabat Daerah
iv.    Lain-laian Undang-undang jabatan berkaitan

Mekanisma Perundangan
i.    Ambil maklumbalas awam
ii.    Buat surat dan aduan kepada jabatan berkaitan
iii.    Laporan polis, SPRM, Penguatkuasa
iv.    Fail kes ke Mahkamah

8.    Komunikasi Awam


Simbolik
i.    Slogan, Karikatur dan Simbol
ii.    Banner, Poster, Model dan Arca
iii.    Pamplet dan risalah
iv.    Buku dan majalah
v.    Kaset, Dokumentari dan video
vi.    T-shirt, Pelekat (stiker)


Abstrak
i.    Deklarasi
ii.    Bendera
iii.    Simbol dan tanda
iv.    Lukisan

9.    Pengurusan dan Dokumentasi

i.    Struktur organisasi
ii.    Pemfailan, bahan bercetak
•    Fail isu, surat, laporan
•    Fail Program
•    Fail penggerak dan aktivis
•    Pemfailan maklumat komputer
iii.    Dokumentasi; laporan, gambar, bahan bercetak
iv.    Mesyuarat dan minit mesyuarat
v.    Pelaporan
vi.    Pengurusan kewangan
vii.    Pengurusan aset dan peralatan
viii.    Perhubungan (komunikasi)
ix.    Penilaian
x.    Perkongsian dan penukaran maklumat/pengaman dengan badan lain

10.    Pendidikan
i.    Ceramah, Taklimat
ii.    Seminar dan bengkel
iii.    Pameran
iv.    Dialog dan debat
v.    Latihan dan kem
vi.    Kelas, Kuliah, Kursus
vii.    Risalah, Phamplet dan Bahan edaran
viii.    Penerbitan, Buku dan Majalah
ix.    Pameran
x.    Model
xi.    Website, email dan e-berita

11.    Pembangunan perkumpulan masyarakat
i.    Kesepakatan, kefahamam, dan kebersamaan
ii.    Kepimpinan dan perancangan
iii.    Pengurusan dam mesyuarat
iv.    Minit, Pelaporan, Pemfailan dan dokumentasi
v.    Pemujukan dan kesedaran masyarakat
vi.    Jaringan dan sokongan
vii.    Sumber maklumat dan rujukan
viii.    Pengagihan tugas
ix.    Pengurusan konflik
x.    Perkongsian masyarakat – model dan kisah kejayaan dan kegagalan

12.    Tawakkal kepada Allah.

Setelah kerja-kerja dirancang dan dilaksanakan, maka hanya Allah S.W.T  yang akan menentukan kejayaan kita dan kita hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T sahaja.

USUL 20 Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna

  • PDF

USUL 20 Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna

1. Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.

3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, tilikan dan tenungan adalah bukan dari dalil hukum syariah yang tidak diberikan iktibar kecuali jika tidak bertembung dengan hukum dan nas agama

4. Dan setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi serapah dan pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran dan tangkal yang sandarannya.

5. Pandangan Imam dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan yang berbagai hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada makna-maknanya sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.

6. Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi dari dosa, Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka walaupun apa yang telah diselisihkan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan.

7. Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang diserta dengan dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilrnu yang ada pada dirinya sekiranya dia di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum).

8. Perselisihan faham dalam perkara furuk fekah tidak boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam naungan perasaan kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenarnya, dengantidak membawa kepada perbahasan yang dikeji dan perasaan taasub.

9. Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam membahaskan makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan untuk melebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara mi boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.

10. Makrifat Allah Taala, tauhid kepadaNya, membersihkanNya adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan mencuaikan. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman
kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran).

11. Setiap perkara bid'maafkan saya dalam din Allah yang tidak ada asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka dengan menambahkanataupun mengurangkannya, adalah perkara kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.

12. Perkara bid'maafkan saya tambahan dan kurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti.

13. Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka telah diredhai oleh Allah dan mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat diri mereka sendiri di kala hidup atau mati mereka tambahan pula memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.

14. Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi dengan caranya yang muktabar. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya dengannya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, menghiaskan dan menerangkan kubur mereka, menyapunya, bersumpah dengannya selain dari Allah dan sebagainya dari perkara yang bid'maafkan saya, kesemuanya itu adalah perkara yang bid'maafkan saya yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Janganlah kita mentakwilkan perkara-perkara ini kerana kita hendaklah menyekat daripada berlakunya perkara-perkara tersebut (Saddu al-Zaraik).

15. Doa kepada Allah yang disertai dengan tawasul dengan orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.

16. Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita bebaskan diri kita dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek kehidupan dan juga agama. Pengajaran diambil daripada apa yang dinamakan dan bukannya dan nama itu sendiri.

17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih utama dari amalan anggota lain. Mencari kesempumaan dalam amalan keduanya adalah dianjurkan oleh syarak walaupun terdapat perbezaan darjah anjuran ini.

18. Islam telah membebaskan akal dan memberi galakkan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin
dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.

19. Kadang-kala setiap pandangan syarak dan pandangan akal menyelusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan yang kedua tetapi keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat'ie). Hakikat ilmiah yang sahih tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Perkara yang dzan (diragui) darinya akan ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal ketika itu hanyalah untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.

20. Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang darurat dalam agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan sebagai kufur oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan KamiRasul ikutan kamiAl-Quran Panduan kamiJihad jalan KamiMati Syahid cita-cita tertinggi kami"

artikel ini dipetik dari portal hadikah.net

Tuntutan Memahami Metode Fiqh Al-Muwazanat Dalam Berfatwa

  • PDF

Sewajarnya diingatkan bahawa percanggahan pendapat dikalangan cendikiawan Islam dan mereka yang dianggap oleh khalayak sebagai ilmuan semasa sudah mula menular di mana-mana ketika ini.

Fenomena ini berlaku apabila setiap mereka yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang dalam pelbagai ilmu Islam terjun kebidang hukum Islam semasa dengan maksud memberi sumbangan kepada umat Islam.

Ada yang membahaskan hukum Islam semasa melibatkan pencapaian maslahat dan menolak mafsadah tetapi tidak mempunyai penguasaan yang mencukupi terhadap metode fiqh al-muwazanat. Akhirnya hukum-hakam semasa bercampur aduk antara satu sama lain akibat setiap mereka menangani hukum Islam tersebut menggunakan kepakaran yang dimiliki masing-masing dan bukannya kepakaran yang dikehendaki dalam permasalah tersebut.

 

Halal dan Haram dalam Perspektif Islam

  • PDF

Islam merupakan agama yang syumul. Syariatnya mencakupi seluruh aspek yang diperlukan oleh manusia, meliputi akidah, ibadah, muamalat, munakahat, jenayah dan akhlak.

Ringkasnya, Islam menetaskan hukum, peraturan dan undang-undang terhadap semua perkara yang menyentuh perbuatan manusia.

Matlamat pensyariatan hukum-hakam dalam Islam adalah untuk menjaga kemaslahatan[1] manusia bagi kehidupan di dunia atau akhirat atau kedua-duanya[2]. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Allah SWT telah menjelaskan sepenuhnya kepada manusia, apa yang baik dan buruk, halal ataupun haram untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat.

Pada asasnya, sesuatu benda atau sesuatu perbuatan itu tidak terlepas dari lima perkara iaitu halal, haram, sunat, makruh dan harus. Bagi perkara yang halal secara mutlak, kita disuruh oleh Allah SWT untuk memakan atau menggunakannya; manakala yang haram kita disuruh untuk menjauhinya. Adapun bagi perkara yang syubhah, kita diperingatkan agar meninggalkannya bagi mengelakkan kita terjebak ke dalam perkara yang haram[3].

Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT[4].

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menyeru dan memerintahkan umat Islam agar mengambil berat dalam mencari yang halal dan meninggalkan yang haram. Antara ayat-ayat al-Quran dan hadis  yang meyentuh perihal tersebut ialah;

1.    Firman Allah SWT;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ . إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ.[5]

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2.    Firman Allah SWT lagi;

[6] فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya: Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

3.    Firman Allah SWT lagi;

يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ.[7]

Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

4.    Firman Allah SWT lagi;

[8]وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Dan Allah s.w.t telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

5.    Firman Allah SWT lagi;

وَمَا لَكُمْ أَلَّا تَأْكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلَّا مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ وَإِنَّ كَثِيرًا لَيُضِلُّونَ بِأَهْوَائِهِمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِالْمُعْتَدِينَ [9]

Maksudnya: Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.

6.    Firman Allah SWT lagi;

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ [10]وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?”, bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya"

7.    Rasulullah SAW bersabda;

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ ( يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّى بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ) ]المؤمنون:51 [ وَقَالَ (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ) ]البقرة: 17 [». ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ»[11].

Maksudnya: Abu Hurairah r.a. berkata; bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan ke atas para rasul yang diutuskan. Firman Allah; (wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan). Firman Allah; (wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu). Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan perihal seorang lelaki yang telah merantau jauh, kusut masai dan berdebu, sambil menadahkan kedua tangannya ke langit (memohon doa): “Ya Tuhan ku, Ya Tuhan ku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram ( dan sarapannya haram). Bagaimana (dengan demikian itu) doanya boleh dimakbulkan ( oleh Allah SWT).

8.    Rasulullah SAW bersabda;

وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [12]. رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن

Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).

Keseluruhan nas al-Quran dan hadis di atas menunjukkan penghujahan yang amat kuat bahawa Islam sangat mengambil berat tentang halal dan haram, kerana semua  yang halal itu akan mendatangkan manfaat, sedangkan perkara haram akan mendatangkan mafsadah ke atas manusia[13], baik di dunia mahupun akhirat.

Prinsip Islam Di Dalam Urusan Halal Dan Haram

Bagi menjelaskan lagi halal dalam perspektif Islam, dijelaskan di sini beberapa prinsip yang menjadi asas bagi permasalahan halal sebagaimana disebutkan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi[14] :

Pertama:          Asal bagi setiap sesuatu adalah mubah.

Jumhur ulama bersepakat bahawa asal bagi sesuatu perkara adalah harus, melainkan ada dalil atau nas syarak yang menunjukkan ia adalah haram. Kaedah asal setiap sesuatu itu adalah harus, tidak terhad kepada benda sahaja, bahkan ia meliputi perbuatan dan tingkah laku yang tidak tergolong dalam urusan ibadah.

Semua perkara yang dikategorikan sebagai ‘adat dan muamalat’ adalah tidak diharamkan dan diberikan keluasan bagi manusia untuk menentukan bagaimana cara dan bentuk yang bersesuai dengan situasi kehidupan mereka, melainkan yang telah diharamkan atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Berlainan pula dalam urusan ibadah, di mana asalnya adalah haram melainkan apa yang ditentukan bentuk dan caranya oleh Allah SWT. Hal ini ada disebutkan oleh Rasulullah SAW:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم:« مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ»[15].

Maksudnya; Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa yang mengada-adakan satu perkara baru dalam urusan kami yang bukan darinya, maka ia tertolak.”

Kedua:        Kuasa  menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah SWT

Di dalam Islam, kuasa  menghalal dan mengharamkan sesuatu adalah hak Allah SWT semata-mata. Islam membataskan kuasa ini demi untuk menjaga kesucian agama. Sehubungan itu, apa yang dihalalkan oleh syariat adalah halal, dan apa yang diharamkan oleh syariat adalah haram meskipun ia sangat baik menurut nafsu. Manakala bagi sesuatu perkara tidak dinyatakan status halal dan haram oleh Allah SWT, maka ia adalah halal sekiranya perkara itu dapat membawa manfaat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Dalam hal ini Salman Al-Farisi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda;

الحلَالُ مَا أَحلَّ الله فِي كِتَابَه والحَرَامُ ما حَرَّمَ الله فِي كِتَابِهِ وَما سَكَتَ عَنهُ فَهُوَ مِمَا عَفا عَنهُ[16]

Maksudnya: Halal ialah apa yang telah dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya, dan yang haram itu ialah apa yang telah diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya dan sesuatu yang didiamkan itu adalah dimaafkan untuk kamu.

Sehubungan itu, hanya Allah SWT sahajalah yang mempunyai hak mutlak untuk menetapkan halal dan haram di dalam kitabNya, atau melalui perantaraan rasulNya. Manakala para fuqaha hanya berperanan sebagai perantara untuk menjelaskan hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sama ada yang telah dihalalkan atau yang diharamkan.

 

Ketiga:         Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama seperti syirik.

Sebagaimana disebutkan, hak untuk menentukan halal dan haram dalam Islam adalah hak Allah SWT sepenuhnya. Justeru, sebarang usaha untuk mencampuri urusan Allah SWT dengan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram (hukumnya) adalah sama seperti syirik, kerana perbuatan mereka itu seumpama mencabar kekuasaan Allah SWT.

Lantaran itu, Allah SWT mencela secara nyata orang yang mengharam dan menghalalkan sesuatu dengan sewenangnya, kerana perbuatan mereka itu sudah melampaui batas. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl;

[17]وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu; “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

 

Keempat:    Mengharamkan yang halal boleh mengakibatkan timbulnya perkara keji dan memudaratkan.

Sebagaimana dijelaskan, matlamat dari pensyariatan hukum di dalam Islam pada keseluruhannya adalah untuk mendapatkan perkara yang membawa kebaikan (maslahat) dan menolak perkara yang membawa keburukan (mafsadah) terhadap manusia. Keseluruhan perintah Allah SWT dari al-Quran ataupun sunnah sama ada berbentuk suruhan atau tegahan kesemuanya adalah untuk kemaslahatan hambanya di dunia dan akhirat [18]. Justeru itu, Shekh cIzz al-Din bin Abd al-Salam (578-660H) di dalam kitabnya qawacid al-ahkam fi masalih al-'anam telah mengembalikan permasalahan fiqh keseluruhannya kepada asas mengambil iktibar terhadap maslahat dan menolak mafsadah[19]. Imam al-Suyuti di dalam kitabnya Ashbah wa al-nazair fi qawacid wa furuc fiqh al-syafci juga menegaskan bahawa, keseluruhan hukum-hakam yang disyariatkan adalah merujuk kepada maslahat, kerana menolak mafsadah itu adalah merupakan sebahagian daripada maslahat"[20].

Semua yang dihalalkan dalam Islam adalah merupakan perkara yang dapat mendatangkan manfaat terhadap manusia. Oleh itu, sekiranya ditimbulkan persoalan apakah perkara yang halal dalam Islam, maka jawapannya adalah ia merujuk kepada perkara yang baik-baik (al-tayyibat). Maksudnya, ia adalah perkara-perkara yang dianggap baik oleh jiwa yang normal dan dapat digunapakai oleh semua manusia yang tidak timbul hasil dari pengaruh adat dan tradisi. Firman Allah SWT;

 

[21]يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? bagi menjawabnya, katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik”.

Justeru itu dalam surah al-Maidah, Allah SWT mengingatkan orang yang beriman agar tidak sekali-kali mengharamkan ke atas diri mereka apa yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT;

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ. وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا  22] اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah Dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman[23].


Kelima:          Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram

Syariat Islam sangat menghargai niat yang baik, kerana niat yang baik akan dapat membangkitkan perbuatan mulia. Sabda Rasulullah s.a.w;

إِنَّمَا الأَعمَالُ بِالنِيَّات وإِنمَّا لِكُلٍ امرِىءٍ مَا نَوَى[24]

Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dinilai berdasarkan apa yang diniatkannya.”

Sehubungan itu, maka setiap amalan yang harus, apabila dikerjakan oleh seorang mukmin dengan niat yang baik, kesemuanya akan menjadi ibadah kepada Allah SWT Manakala perkara yang diharamkan, ia akan tetap dihukum sebagai haram, sekalipun orang yang melakukannya berniat baik atau bertujuan mulia. Islam tidak akan sesekali memperakui perbuatan yang haram sebagai wasilah untuk mencapai matlamat yang terpuji. Oleh itu syariat Islam menolak semua sekali prinsip: [Matlamat menghalalkan cara] atau prinsip: [Untuk menuju kebenaran, tidak mengapa jika bergelumang dengan banyak kebatilan]. Malah Islam mengatakan, untuk menuju matlamat yang benar mestilah melalui cara yang benar juga.

Keenam:       Sesuatu yang haram, adalah haram untuk semua orang.

Perkara yang diharamkan di dalam Islam adalah bersifat menyeluruh dan mengikat semua orang. Oleh itu, apa yang dihalalkan oleh Allah SWT, maka ia adalah halal untuk semua, dan apa yang diharamkan, maka ia haram untuk semua. Sebagai contoh, hukuman bagi kesalahan mencuri adalah haram dan perlu dijatuhkan hukuman potong tangan terhadap pelakunya. Maka hukum ini akan tetap dijalankan tidak kira apa keturunan dan darjat kedudukannya. Inilah apa yang digambarkan oleh Rasulullah SAW:

 

… وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا ».[25]

Maksudnya: "...Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti akan kupotong tangannya".

Kesimpulannya, prinsip-prinsip yang telah diketengahkan tersebut, cukup memadai untuk memberikan gambaran yang amat jelas berkenaan ruang lingkup aktiviti dan amalan yang berkaitan dengan halal haram dalam Islam. Penekanan syarak terhadap prinsip halal haram menggambarkan betapa pentingnya pematuhan terhadap hukum dan ketentuan Allah. Demikian kerana Allah SWT Maha Mengetahui akan segala rahsia dan hikmah yang terselindung di sebalik halal dan haram bagi sesuatu perkara, sama ada melibatkan perhubungan sesama manusia atau manusia sesama makhluk Allah yang lain.


 

 

 

 

[1] Menurut istilah ulama Usul, Maslahah didefinisikan sebagai manfaat yang dimaksudkan oleh al-Shāric yang Maha Bijaksana untuk hamba-hambanya daripada memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Lihat, al-Būtī, Muhammad Sacid Ramadān, Dawābīt al-maslahah fī al-sharīcat  al-Islāmiayah, Mu'assasah al-Risālah, Bayrūt, Ed. Ke-4, 1402 H./ 1982, hlm. 23.


[2] Menjelaskan perihal tersebut, Imam Ibn al-Qayyim menyatakan; "maka sesungguhnya syariat itu terbina di atas asas hukum dan maslahat manusia di dunia dan akhirat.  Syariat itu keseluruhannya adalah adil, keseluruhannya adalah rahmat, keseluruhannya adalah maslahat dan keseluruhannya adalah hikmah. Maka setiap maslahat yang menyimpang dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada sebaliknya, dari maslahat kepada ke burukkan dan dari hikmah kepada sia-sia, maka maslahat itu bukan dari syariat…". Ibn al-Qayyīm al-Jauwziyyah, Iclām al-muwaqqicīn, Dār al-Hadith, al-Qāherah, 1414H./1993, jld. 3, hlm. 5.

[3] Sabda Rasulullah SAW;
عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ وَأَهْوَى النُّعْمَانُ بِإِصْبَعَيْهِ إِلَى أُذُنَيْهِ « إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِى الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِى الْحَرَامِ كَالرَّاعِى يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ ». 
Maksudnya;
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyir r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul darah, yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati. [3] Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab akhzu al-halal wa tark al-syubuhat, Dar al-Jil, Bayrut, t.th, no. hadis; 4178, Jld. 5, hlm. 50.

[4] Sila rujuk, Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq, Hani al-Haj, Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm. 203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin Interprise, 1998, hlm. 1.

[5] Al-Quran, surah al-Baqarah, 2: 172.

[6] Al-Quran, surah al-Nahl, 16: 114.

[7] Al-Quran, surah al-Mu’minun 23: 51.

[8] Al-Quran, surah al-Baqarah, 2: 275.

[9] Al-Quran, surah al-‘Ancam, 6: 119.

[10] Al-Quran, surah al-Maidad, 5: 4.

[11] Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab Qabul al-Sadakah min al-kasb al-tayyib watarbiyatiha, Dar al-Jil, Bayrut, t.th, no.hadis; 2393, Jld. 3, hlm. 83. Al-Turmuzi, Muhammad Bin Isa, Sunnan al-Turmuzi,Bab Surah al-Baqarah, Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Dar Ihya’ al-Thurath al-Arabi, Bayrut, no. hadis; 2989, jld. 5, hlm. 220. Al-Zuhaily, Wahbah, Tafsir al-Munir, Dar al-fikr al-mucasirah, Bayrut, Lubnan, 1411H./  1991, jld. 18, hlm. 58.

[12] Al-Thabarani, Mucjam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din cAli bin Abi Bakr, Majmac  al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520

[13] Sila rujuk, al-Qardawi, Yusuf, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, 1415H./ 1994, hlm. 31.

[14] Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-Halal wa al-haram fi al-Islam telah menyebutkan sebelas prinsip yang menjadi tunjang halal dan haram dalam Islam. Primsip-prinsip tersebut ialah;

  1. Asal bagi sesuatu perkara adalah mubah
  2. Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah
  3. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah sama seperti syirik
  4. Mengharamkan yang halal boleh mengakibatkan timbulnya perkara keji dan memudaratkan.
  5. Perkara yang halal tidak memerlukan lagi perkara yang haram
  6. Perkara-perkara yang membawa kepada haram adalah haram
  7. Berhelah dalam perkara yang haram adalah haram
  8. Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram
  9. Menghindarkan diri daripada perkara syubhat kerana khuatir terjebak ke dalam perkara haram
  10. Sesuatu yang haram, adalah haram untuk semua orang
  11. Keadaan darurat membenarkan perkara yang dilarang  (haram). Sila rujuk, al-Qardawi, Yusuf, 1415H./ 1994, hlm.22-39.

[15] Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab naqdi al-ahkam al-batilah war ad muhdathat al-umur, no. hadis; 4589, jld. 5, hlm. 132. Lihat juga, al-Bukhari, Muhammad Ismail, al-Jamic al-sahih al-mukhtasar, Bab iza istalahu ala sulh jur fa al-sulh mardud, tahqiq, Dr. Mustafa Dib al-Bhura, Dar Ibn Kathir, Bayrut, 1407H./ 1987, no. hadis; 2550, jld.4, hlm. 220.

[16] Al-Turmuzi, Muhammad bin Isa, al-Jamic al-sohih sunan al-Turmuzi, Bab ma ja’a fi labs al-farra’, no. hadis, 1726, jld.4, hlm.220. Syekh al-Albani berkata, hadis ini adalah Hasan.

[17] Al-Quran, surah al-Nahl, 16: 116

[18] Sila lihat; al-Shātibī, al-Muwāfaqāt, Dār Ibn cAffān, al-Mamlakah al-cArabiyyah Sacūdiyyah, Tahqīq  1417 H./ 1997, jld. 2, hlm. 9. Lihat juga, al-Khudarī Bīk, Muhammad, 'Usūl al-Fiqh, al-Maktabah al-Tijāriyyah al-Kubrā, al-Qāhirah, 1389 H./ 1969, Ed. Ke-6, hlm. 300. al-Suyūtī, cAbd al-Rahmān, al-'ashbāh wa al-nāzāir fi qawācid wa furūc fiqh al-syāfcī, Tahqīq Muhammad bin Muhammad Tāmir & Hāfiz cAshūr Hāfiz, Dār al-Salām, al-Qāherah, , 1424 H./ 2004 , jld. 1, hlm. 64, al-Būtī, Muhammad Sacid Ramadān, Dawābīt al-maslahah fī al-syrīcat al-Islāmiayah, hlm. 73.

[19] al-Dusi, Hassan Salim, Manhaj fiqh al-muwazanat fi al-sharc al-Islami, dlm Majalah al-syaricah wa al-dirasat al-Islamiah, 46: 373-431, Majlis al-Nashr al-cIlmi1426H./2005, hlm. 377.

[20]  al-Suyūtī, cAbd al-Rahmān, Ashbah wa al-nazair fi qawacid wa furuc fiqh al-syafci, Tahqīq Muhammad bin Muhammad Tāmir & Hāfiz cAshūr Hāfiz, Dār al-Salām, al-Qāherah, 1424 H./ 2004, jld. 1, hlm. 64.

[21] Al-Quran, surah al-Ma’idah, 5: 4.

[22] Al-Quran, surah al-Ma’idah, 5: 87-88.

[23] Dr. Yusuf al-Qardawi menyebutkan, ayat ini telah diturunkan kerana terdapat di kalangan kaum muslimin di Madinah, beberapa orang yang bersikap keras dan berlebihan. Mereka mengharamkan diri mereka perkara-perkara yang baik. Sehubungan itu, Allah Taala menurunkan ayat-ayat muhkamah agar mereka dapat berdiri di atas batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah, dan mengembalikan mereka ke jalan Islam yang lurus Al-Qardawi, Yusuf, hlm. 30. Syekh Muhammad cAli al-Sayis dalam dalam kitabnya Tafsir ayat al-ahkam juga telah menyebutkan sebab diturunkan ayat ini sebagaimana berikut;
أن النبي صلى الله عليه وسلم جلس إلى أصحابه يوماً في بيت عثمان بن مطعوم يعظهم، فوصف لهم يوم القيامة، وبالغ، وأشبع الكلام في الإنذار واالتحذير، فعزموا على أن يرفضوا الدنيا، ويحرّموا على أنفسهم المطاعم الطيبة، والمشارب اللذيذة، وأن يصوموا النهار، ويقوم الليل، وأن لا يناموا في فراش النساء، بل لقد عزم بعضهم على أن يجُبَّ مذاكيره، ويلبسوا المسوح، ويسيحوا في الأرض فوصل خبرهم إلي النبي صلى الله عليه وسلم فسألهم فقالوا: ما أردنا إلا خيراً، فقال لهم: (( إني لم أومر بذلك، إن لأنفسكم عليكم حقاً، فصوموا وأفطروا، وقوموا وناموا، فإني أقوم وأنام، وأصوم وأفطر، وآكل اللحم والدسم، فمن رغب عن سنتي فليس مني)).
Maksudnya:
Pada suatu hari Rasulullah SAW telah duduk bersama para sahabatnya di rumah cUsman bin Mazcun bagi memberi peringatan kepada mereka. (Dalam peringatan tersebut Rasulullah SAW) telah menyifatkan mereka perihal keadaan hari kiamat, dan memerincikan (perihal keadaan tersebut) dan juga memanjang bicara mengenai peringatan dan ancaman (tentang keadaan di hari kiamat). Justeru, mereka berazam untuk menolak dunia dan mengharamkan ke atas diri mereka makanan yang baik (enak), minuman yang lazat, dan mereka juga berazam untuk berpuasa pada siang hari, berkiamullai pada malam hari, dan tidak akan tidur bersama isteri mereka. Bukan sekadar itu, bahkan wujud juga dikalangan mereka yang berazam untuk memotong alat kelaminnya, memakai pakaian yang kasar, dan mengembara di bumi. Apabila berita mereka tersebut sampai kepada pengetahuan Nab SAW, maka Rasulullah SAW bertayakan kepada mereka berkenaan perkara tersebut, lalu mereka menjawab; Tidaklah kami kehendaki dari demikian itu melainkan kebaikan. Justeru, Rasulullah SAW bersabda kepada mereka; ((Sesungguhnya aku tidak memerintahkan dengan demikian itu, sesungguhnya untuk diri kamu ada hak yang perlu ditunaikan, maka hendaklah kamu berpusaa dan berbuka, bagun pada malam hari dan juga tidur. Sesungguhnya aku bangun dan juga tidur pada malam hari, aku berpuasa dan juga berbuka, aku memakan daging dan juga lemak, dan aku juga mendatangi isteri. Oleh itu, barang siapa yang tidak inginkankan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku)). Al-Sayis, Muhammad cAli, Tafsir ayat al-ahkam, Dar Ibn Kathir, Bayrut, 1422H./ 2002,  jld. 2, hlm. 607.

[24] Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, al-Jamic  al-sohih al-mukhtasar, Bab kaifa kana bad’ al-wahyu ila Rasulullah SAW, no. hadis; 1, jld. 1, hlm. 3.

[25]  Muslim, Sahih Muslim, Bab qat’ al-shariq al-sharif wag hair wa al-nahyi an alshafa’ah fi al-hudud, no. hadis. 4505, jld.5, hlm. 114. al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bab zikr Usamah bin Zaid r.a. no.hadis. Jld. 3, hlm. 1336. ,