PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Wednesday, Aug 23rd

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Profil

Kenali PUMSel

  • PDF

Latar Belakang Penubuhan

Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Negeri Selangor (PUMSel) merupakan cawangan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) peringkat negeri yang pertama ditubuhkan dalam tahun 1984 dengan Pengerusi yang pertama iaitu Tuan Haji Mahmad Muhtar bin Haji Mahmad Saleh. Selain itu, jawankuasa awal ini turut dianggotai oleh Tuan Haji Mohd Talha bin Abdul Rahman selaku Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Zohdi Bin Haji Toha, sebagai Setiausaha serta Ustaz Amir Marzuki sebagai Timbalan Setiausaha. Jawatankuasa penaja ini kemudian telah mengusahakan pendaftaran PUMSel sebagai sebuah badan berdaftar yang sah. Hasilnya PUMSel telah didaftarkan secara rasminya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 27 Februari 1987. Pada awal penubuhannya, ahli-ahli PUMSel terdiri daripada kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pensyarah, kadi, Imam-imam masjid serta guru-guru sekolah agama di sekitar Lembah Kelang.

Visi Penubuhan

Melahirkan ulama’ mu’tabar bagi menzahirkan khairu ummah di Negeri Selangor

Misi Penubuhan

Memimpin Ulama al’amilin di Negeri Selangor dalam mendepani cabaran ummah dengan menjunjung nilai kesyumulan Islam.

Matlamat Penubuhan

Menghimpun dan menyatukan Ulama, Sarjana dan Cendekiawan Islam di Selangor bagi mencapai matlamat yang digariskan dalam perlembagaan persatuan.

Fungsi Penubuhan

Pemangkin bagi para Ulama, Sarjana dan Cendekiawan Islam di Selangor bergerak dalam satu wadah gerakan Islam.

Objektif Penubuhan

  1. Secara umumnya PUMSel mendokong semua objektif PUM yang tercatat dalam perlembagaan seperti berikut:-
    Menyatukan ‘ULAMA’ dalam harakah Islamiah dan mengembelingkan tenaga mereka untuk menegakkan syari’at Islam dan mempertahankan kebenaran dan kemurnian ajarannya.
  2. Meninggikan kedudukan dan taraf ‘ULAMA’ di dalam masyarakat.
  3. Menjalankan usaha-usaha kebajikan untuk ahli-ahli.
  4. Menjalankan usaha-usaha penyelidikan ilmiah dan pengeluaran buku-buku ilmiah yang sah di sisi undang-undang serta menghidupkan karya-karya ilmiah Islam yang lama.
  5. Bekerjasama dengan persatuan-persatuan Islam yang lain di dalam negeri.
  6. Meninggikan nilai-nilai akhlak dan rohaniah di dalam masyarakat dan membasmi punca-punca keruntuhan moral.
  7. Memainkan peranan dan memberi bimbingan kepada masyarakat untuk membina dan membangunkan ummah menurut Islam.
  8. Menjalankan ikhtiar untuk menjayakan tujuan-tujuan di atas dan meninggikan imej Persatuan Ulama’ Malaysia.

Secara khususnya pula, PUMSel berhasrat untuk:-

  1. Meningkatkan nilai kesarjanaan ilmu para ulama’ melalui wacana ilmu
  2. Memudahkan akses maklumat untuk orang ramai melalui laman web PUMSEL di sepanjang tahun.
  3. Menangani isu semasa umat berorientasikan tindakan yang realistik melalui simposium atau seminar.
  4. Memasyarakatkan ulama’ melalui program kemasyarakatan
  5. Pembukuan kertas kerja seminar dalam bentuk buku.

Aktiviti dan Kegiatan Utama

PUMSel secara dasarnya sentiasa menjalankan program-program yang berbentuk dakwah dan menyebarkan risalah Islam, di samping menyuburkan kemurnian pemikiran Islam di dalam masyarakat. PUMSel telah menjalankan program-program dakwah di peringkat negeri dan juga nasional. Ahli jawatankuasa PUMSel juga sama ada atas kapasiti individu atau atas nama persatuan kerap diundang untuk menyampaikan ceramah-ceramah umum, kuliah, dan juga membentangkan kertas kerja.

SEMINAR DAN KONVENSYEN

Antara Konvensyen and Seminar yang pernah dianjurkan PUMSel adalah seperti

  1. Muzakarah Ulama’ Negeri Selangor (1987)
  2. Seminar Ulama’ Selangor (Disember 1988)
  3. Seminar Model Perlembagaan Islam (Mac 1990)
  4. Muzakarah Ulama’ Negeri Selangor (1995)
  5. Seminar Wanita dan Undang-undang Jenayah Islam (Oktober 2002)
  6. Seminar Baldatun Toyyibah 1: Model Andalusia (Januari 2009)
  7. Seminar Krisis Murtad (Mei 2009)
  8. Seminar Najis Mughallazah dalam Dunia Kontemporari (Ogos 2009)
  9. Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam (Disember 2009)
  10. Konvensyen Kewangan dan Perbankan Islam (Mac 2010)
  11. Seminar Baldatun Toyyibah 11: Model Uthmaniah (Januari 2011)
  12. Munaqasyah E-masjid (Februari 2011)
  13. Konvensyen Kewangan Islam (Mei 2011)

PUMSel juga pernah menganjurkan ceramah/kuliah ulama’-ulama’ antarabangsa di Selangor antaranya Dr. Wahbah al-Zuhaily, Dr. Sheikh Ramadhan al-Butti, Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari dan ramai lagi.

Di samping itu, PUMSel juga mengadakan wacana ilmiah isu-isu semasa, kuliah Tafaqquh serta dakwah lapangan secara berkala secara anjuran bersama badan-badan NGO, agensi kerajaan dan swasta, masjid dan pelajar universiti.

PENERBITAN BUKU

PUMSel juga dalam perancangan untuk menerbitkan buku-buku hasil penulisan yang dibentangkan dalam seminar-seminar anjuran PUMSel dan juga hasil nukilan ahli-ahli PUMSel. Beberapa naskah buku terbitan PUMSel yang telah diterbitkan adalah:-

1. Baldatun Toyyibah: Model Andalusia
2. Baldatun Toyyibah: Model Uthmaniah
3. Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
4. 30 Mutiara Ramadhan

Penutup

Bagi menggerakkan PUMSel secara efektif, keterlibatan semua pihak untuk menghulurkan apa jua sumbangan amatlah diperlukan. Sumbangan idea, tenaga dan wang ringgit perlu ditingkatkan dan diselaraskan secara efektif  oleh semua.

Kami sedar, tidak mudah untuk kita memberikan komitmen masa dan tenaga, apatah lagi wang ringgit untuk menggerakkan PUMSel, namun inilah harga yang perlu kita bayar dalam mendokong pertubuhan yang kita sertai ini. Marilah memberi komitmen membangunkan PUMSel. Salurkan idea anda kepada kami.

Di samping keupayaan kewangan, kita juga memerlukan kemahiran dan profesionalisme dalam bidang pentadbiran dan pengurusan PUMSel supaya segalanya dapat berjalan dengan lancar dan efektif.

Firman Allah (bermaksud)

... Dan katakanlah. “Berkerjalah kamu maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mu’min akan melihat pekerjaan mu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitahukanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Surah At-Taubah ; 105

BARISAN PIMPINAN PUMSEL 2012/13

  • PDF

PENGERUSI : Al-Fadhil Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Syapik


TIM PENGERUSI : Al-Fadhil Ustaz Rumaizi bin Ahmad

SETIAUSAHA AGUNG : Ir. Mohd Khairunnizam bin Mhd Supian

PEN SETIAUSAHA :Sdr Mohd Azmi bin Walang


BENDAHARI :Ustaz Haji Zainal Abidin bin Haji Kusmin

PEN BENDAHARI : Sdr. Mohd Ihsan bin Mohd Daud

BARISAN EXCO / SEKRETARIAT

SEK DAKWAH & TARBIYYAH : Ustaz Haji Firdaus binti Subhi

SEK PENERANGAN : Ustaz Shamsul Hakim Bin Abdul Samad


SEK PENERBITAN : Ustaz Abdul Muhaimin bin Mahmood

SEK MEDIA BARU & PUBLISITI : Ustaz Muhammad Jefry bin Ramly

SEK HAL EHWAL WANITA : Ustazah Harizan Binti Abu Bakar

SEK PERHUBUNGAN AWAM & ANTARABANGSA : Sdri Nurul Shaza Binti Ab. Manaf

SEK MUDA ULAMA' : Ustaz Muhammad Nushi

 

Kenali PUM

  • PDF

SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan PUM adalah lahir dari kesedaran para ulama’ yang menyertai Kongres Ekonomi Islam pada tahun 1972. Satu perjumpaan untuk membincangkan penubuhannya telah diatur oleh beberapa orang tokoh ulama’ dan ilmuan yang menyertai kongres tersebut iaitu pada 22 Safar 1392 bersamaan 8 April 1972 bertempat di Dewan Al-Malik Faisal MPI (kini Pusat Matrikulasi UIA) Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Hasil perbincangan itu maka rancangan penubuhan Persatuan Ulama’ Malaysia di atur dimana Allahyarham Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah dilantik sebagai Penasihat Jawatankuasa Penaja, sementara Pengerusi Penaja ialah Allahyarham Haji Nik Muhd Muhyiddin Haji Musa dan Timbalan Pengerusi Penaja ialah Dr. Mohd Zin Othman.

Manakala Setiausaha Penaja ialah Dato’ Haji. Mohd Nakhaie Haji Ahmad, sementara Bendaharinya ialah Syed Harun Syed Abd. Rahman Al-Habsyi. Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja lainnya terdiri dari Datuk Hj. Ghazali Abdullah dan Tuan. Hj. Arshad Masjuri.

Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1974, PUM telah ditubuhkan secara rasmi dalam satu mesyuarat agung khas pertama yang diadakan di Kolej Islam Kelang, Selangor Darul Ehsan. Draf perlembagaan telah diluluskan di dalam mesyuarat tersebut. Bersempena penubuhan PUM itu telah diadakan seminar mengenai pendidikan Islam serta peranan ulama’ yang dihadiri oleh tokoh Islam dan mufti-mufti. Mesyuarat Agung pertama PUM ini telah memilih Allahyarham Hj. Nik Muhyiddin Musa sebagai Yang Dipertua PUM pertama.

OBJEKTIF DAN TUJUAN PENUBUHAN

Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) merupakan satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan politik yang mempertuankan institusi ulama’. Dalam Perlembagaan PUM sendiri Fasal 111 yang menjelaskan tujuannya.

1.    Menyatukan ULAMA Dalam harakah Islamiyah dan mengembelingkan tenaga untuk menegakkan syari’ah Islam dan mempertahankan kebenaran dan kemurnian ajarannya.
2.    Meninggikan kedudukan dan taraf ‘ULAMA’ di dalam masyarakat.
3.    Menjalankan usaha-usaha kebajikan untuk ahli-ahli.
4.    Menjalankan usaha-usaha  penyelidikan ilmiah dan pengeluaran buku-buku ilmiah dan pengeluaran buku-buku ilmiah yang sah di sisi undang-undang serta menghidupkan karya-karya ilmiah Islam yang lama.
5.    Bekerjasama dengan persatuan-persatuan Islam yang lain di dalam negeri.
6.    Meninggikan nilai-nilai akhlak dan rohaniah di dalam masyarakat dan membasmi punca-punca keruntuhan moral.
7.    Memainkan peranan dan memberi bimbingan kepada masyarakat untuk membina dan membangun ummah menurut Islam.
8.    Menjalankan ikhtiar untuk menjayakan tujuan-tujuan di atas dan meninggikan imej persatuan ‘ULAMA’ Malaysia.

Fasal 111(A) perlembagaan PUM menyebutkan syarat-syarat menjalankan tujuan PUM berbunyi “sesuatu dasar mengikut tujuan persatuan yang hendak dijalankan hendaklah diusahakan dengan tidak bertentangan hukum syara’ dan Undang-Undang Majlis Agama dan Adat istiadat Melayu. Dalam fasal ini persatuan akan sentiasa menghubungi pihak Majlis Agama Islam dan adat-istiadat Melayu bagi mendapatkan nasihat dan pengetahuannya sebelum sesuatu kegiatan dapat dijalankan oleh persatuan”.

PUM berpegang kepada hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Kalau kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu, lakukan dengan lidah (lisan) dan jika tidak mampu juga, maka bantahlah di dalam hati. Itulah selemah-lemah iman.

KEAHLIAN

Takrif ulama’ ialah seseorang Muslim yang akil baligh, mempunyai ilmu yang mendalam dalam hal ehwal Islam dan beramal dengannya. Itu adalah prinsip asas yang disyaratkan untuk menjadi ahli. Oleh itu ramai yang tidak berani menjadi ahli kerana masing-masing menafikan mempunyai ilmu yang mendalam menegenai Islam. Sebenarnya syarat untuk menjadi ahli PUM cukup jelas dan mudah iaitu seseorang Muslim yang mencintai atau beriltizam dengan tugas ulama’ walaupun tidak begitu mendalam dalam ilmu Islam. Yang penting, cinta kepada Islam dan ingin melihat Islam terus dimartabatkan.

AKTIVITI DAN KEGIATAN

PUM secara dasarnya sentiasa menjalankan program-program yang berlandaskan dakwah dan menyebarkan risalah Islam, di samping memperjuangkan kemurnian pemikiran Islam di dalam masyarakat. Untuk itu, PUM telah menjalankan program-program dakwah di peringkat Pusat dan Cawangan. Ahli Jawatankuasa PUM juga, sama ada secara individu atau atas nama Persatuan kerap diundang untuk menyampaikan ceramah-ceramah umum dan kuliah di merata tempat seperti masjid-masjid, surau-surau, pejabat-pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain.

Antara kegiatan PUM yang lain, termasuklah membantu atau berperanan terus dalam memberikan input dan idea mengenai sesuatu isu atau perkara tertentu kepada pihak kerajaan atau mana-mana pihak yang berkaitan. Umpamanya, ketika konsep Perbankan Islam masih kabur dan tidak diyakini oleh masyarakat di negara ini, idea atau pemikiran mengenai Bank Islam dicetuskan melalui seminar anjuran PUM iaitu Seminar Ekonomi dan Bank Islam pada tahun 1982. Ekoran dari seminar tersebut, PUM menerbitkan sebuah buku iaitu 100 Soal Jawab Bank Islam. PUM juga telah bertindak menyelesaikan banyak persoalan-persoalan semasa seperti masalah Amanah Saham Nasional yang mana suatu ketika dulu dianggap sensitif, masalah pajak gadai Islam dan lain-lain isu yang relevan mengikut waktu tertentu.

PUM juga turut terlibat di peringkat antarabangsa. Delegasi / wakil PUM turut diundang ke luar negara seperti Brunei, Indonesia, Singapura, Britain, Mesir dan lain-lain negara; di samping menerima kunjungan tetamu dari luar negara seperti Pakistan, Kashmir, Amerika, Iran, Turki, British, Australia dan negara-negara Islam lain semata-mata untuk membincangkan persoalan umat Islam