PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Wednesday, Aug 23rd

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Program Kuliah

Kuliah

WACANA ISU AKIDAH

  • PDF

Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor akan mengadakan Wacana Isu Akidah bersama YBhg Al-Fadhil Ustaz Mohd Aizam Mas'od, Penyelidik Cawangan Akidah, Jakim. Program yang dijadual pada 6 Jun 2012 (Rabu) dibukan kepada muslimat dan muslimat yang ingin hadir mengikuti wacana tersebut.

Program yang julung-julung kali diadakan ini akan diadakan di Pejabar PUM di Shah Alam bermula jam 9.00 Malam. Pelbagai isu-isu semasa akidah akan dibincangkan dan tentu sekali akan mengupas berbagai-bagai isu-isu yang hangat diperkatakan berkaitan akidah.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En Azmi (Setiausaha Kerja PUM) untuk maklumat lanjut melalui telefon pejabat PUM.

PROGRAM LAMBAIAN MAHABBAH - AMBANG 2012

  • PDF

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL) bersama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Pustaka Sheikh Nuruddin (PSN Publications) akan menganjurkan Malam Lambaian Mahabbah sempena Tahun Baru 2012 pada 31 Disember 2012 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah (Majlis Negeri Selangor).

Aturcara Program adalah seperti berikut :

1. Solat Sunat Tasbih

2. Zikir Munajat

3. Kuliah Khas bersama Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari

4. Ceramah Khas oleh Ustaz Azhar Idrus selepas Solat Isyak di Dataran Shah Alam.

Semua muslimin, muslimat, remaja-remaja untuk hadir bagi mendapat pengisian ilmu didalam program ini. Ayuh sama-sama kita mempromosikan program ini dan mengajak golongan remaja seramai mungkin daripada hadir. Alternatif pengisian tahun baru 2012 ke arah yang lebih baik dan bermanfaat.

KULIAH KHAS BERSAMA SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI

  • PDF

PUMSEL telah mengadakan program Kuliah Khas Ramadhan pada 18/8/2011 di Hotel De Palma, Shah Alam bersama tokoh Ulama Nusantara Fadhilatus Sheikh Nuruddin AL-Banjari. Kuliah khas ini sempena Majlis berbukan puasa Hotel De Palma dan di hadiri oleh ahli PUMSEL dan masyarakat awam. Tajuk Kuliah khas mengupas isu Fiqh Puasa dan berlangsung dalam bentuk sesi Soal Jawab. Sepanjang 30 minit sesi soal jawab berlangsung sebelum majlis berbuka puasa.

Al-Fadhil Ust Zamri Syapik turut hadir dan menyatakan rasa terima kasih dan bersyukur atas kelancaran majlis serta sambutan sangat memberangsangkan oleh tetamu yang hadir. Majlis turut diserikan dengan alunan nasyid naripada kumpulan nasyid Brothers.

Fadhilatus Shikh Nuruddin Al-Banjari banyak mengupas isu-isu fiqh semasa masyarakat yang sering menjadi kekeliruan orang awam. Antaranya isu memasukkan jari ke dalam hidung adakah batak puasa, ibadah sunat ketika berbuka puasa, solat witir, bilangan solat terawih dan banyak lagi. Menurut Sdr Khairunnizam, Setiausaha Agung PUMSEL menyatakan, setiap tahun PUMSEL akan mengadakan majlis berbukan puasa namun istimewa pada tahun ini PUMSEL menampilkan siri kuliah khas untuk pengisian sebelum berbuka puasa.

MULTAQA ULAMA BERSAMA SHEIKH ABD LATIF FARFOUR

  • PDF

Persatuan Ulama Malaysia cawangan Selangor (PUMSEL) dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Andul Aziz Shah, Shah Alam telah menganjurkan program Multaqa Ulama' bersama Fadhilatus Sheikh Profesor Dr. Muhammad Abd Latif Muhammad Soleh Al-Farfour. Beliau adalah Ulama' masyur di Syira dan mantan Rektor Universiti Damascus, Syiria.

Multaqa Ulama' berlangsung pada 13 Ogos 2011 yang di diadakan di Bilik Seminar, Masjid Negeri Selangor, Shah Alam. Program ini dimulakan dengan perbincangan secara tertutup bersama 30 orang yang dijemput secara tertutup selama 45 Minit. Hadir sama YBhg Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, Mufti Negeri Selangor, Ustaz Mohd Zamri Syapik, Pengerusi PUMSEL dan tokoh-tokoh agama yang dijemput. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti ceramah ringkas oleh Fadhilatus Sheikh Prof Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Farfour. YBhg Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut hadir dan bertindak sebagai penterjemah kepada Fadhilatus Sheikh Abd Latif.

Selepas selesai solat fardhu asar, Prof Dr. Sheikh Abd Latif Soleh Al-Farfour bersama dengan masyarakat awam pula selama 1 jam memberi tazkirah sebelum majlis berbuka puasa. Hampir 300 orang masyarakat awam yang hadir bagi mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh beliau. Intisari ucapan Prof Dr Abd Latif Soleh Al-Farfour banyak menyentuh aspek tazkiyah Nafsi (penyucian hati). Kecelaruan masyarakat hari ini terutamanya penyakit sosial yang melanda masyarakat Islam disebabkan hati manusia yang semakin tandus. Hati adalah tempat turunnya hidayah dan rajay yang mengawal sikap manusia.

YBhg Al-Fadhil Ustaz Mohd Zamri Syapik, Pengerusi PUMSEL merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Masjid yang sudi menyediakan tempat untuk melaksanakan program ini. "PUMSEL mengambil kesempatan atas kunjungan Fadhilatus Sheikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al-Farfour ke Malaysia untuk bermuzakarah isu-isu semasa dan memberi peluang kepada masyarakat awam mendapat pengisian daripada beliau", katanya.