PUMSel

PUM Cawangan Selangor

Wednesday, Aug 23rd

Last update11:34:42 PM GMT

You are here: Program Kuliah MULTAQA ULAMA BERSAMA SHEIKH ABD LATIF FARFOUR

MULTAQA ULAMA BERSAMA SHEIKH ABD LATIF FARFOUR

  • PDF

Persatuan Ulama Malaysia cawangan Selangor (PUMSEL) dengan kerjasama Masjid Sultan Salahuddin Andul Aziz Shah, Shah Alam telah menganjurkan program Multaqa Ulama' bersama Fadhilatus Sheikh Profesor Dr. Muhammad Abd Latif Muhammad Soleh Al-Farfour. Beliau adalah Ulama' masyur di Syira dan mantan Rektor Universiti Damascus, Syiria.

Multaqa Ulama' berlangsung pada 13 Ogos 2011 yang di diadakan di Bilik Seminar, Masjid Negeri Selangor, Shah Alam. Program ini dimulakan dengan perbincangan secara tertutup bersama 30 orang yang dijemput secara tertutup selama 45 Minit. Hadir sama YBhg Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, Mufti Negeri Selangor, Ustaz Mohd Zamri Syapik, Pengerusi PUMSEL dan tokoh-tokoh agama yang dijemput. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti ceramah ringkas oleh Fadhilatus Sheikh Prof Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Farfour. YBhg Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut hadir dan bertindak sebagai penterjemah kepada Fadhilatus Sheikh Abd Latif.

Selepas selesai solat fardhu asar, Prof Dr. Sheikh Abd Latif Soleh Al-Farfour bersama dengan masyarakat awam pula selama 1 jam memberi tazkirah sebelum majlis berbuka puasa. Hampir 300 orang masyarakat awam yang hadir bagi mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh beliau. Intisari ucapan Prof Dr Abd Latif Soleh Al-Farfour banyak menyentuh aspek tazkiyah Nafsi (penyucian hati). Kecelaruan masyarakat hari ini terutamanya penyakit sosial yang melanda masyarakat Islam disebabkan hati manusia yang semakin tandus. Hati adalah tempat turunnya hidayah dan rajay yang mengawal sikap manusia.

YBhg Al-Fadhil Ustaz Mohd Zamri Syapik, Pengerusi PUMSEL merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Masjid yang sudi menyediakan tempat untuk melaksanakan program ini. "PUMSEL mengambil kesempatan atas kunjungan Fadhilatus Sheikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al-Farfour ke Malaysia untuk bermuzakarah isu-isu semasa dan memberi peluang kepada masyarakat awam mendapat pengisian daripada beliau", katanya.

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS